Ini Rupanya Punca Syarikat Automotif Tesla Pecat Hampir 700 Pekerja Dalam Masa Seminggu
# Trending Semasa

Ini Rupanya Punca Syarikat Automotif Tesla Pecat Hampir 700 Pekerja Dalam Masa Seminggu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 31, 2017
pada 6:58 AM

Tesla Motors baru-baru ini telah menggemparkan dunia automotif dengan berita pemecatan ratusan pekerja dalam tempoh seminggu. Kedengaran pelik, tetapi itulah yang terjadi oleh syarikat yang berasal dari Amerika Syarikat itu.Mengapa keputusan itu dibuat?

Punca Pemecatan Pekerja

Bukan sahaja pekerja biasa, malah mereka yang berpangkat tinggi seperti ketua pasukan dan penyelia turut menerima nasib yang sama. Syarikat itu dikatakan mengambil keputusan untuk memecat hampir 700 pekerjanya memandangkan mereka tidak mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Tesla Model 3 yang bakal dikeluarkan tidak dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan dan menyebabkan ramai pelanggan yang membuat tempahan awal tidak menerima kereta mereka pada tarikh sepatutnya. Disebabkan itu, pekerja yang tidak mencapai KPI terpaksa dipecat. 

Syarikat yang berpangkalan di Palo Alto, California itu berkata, pada awal bulan “halangan pengeluaran” telah menjejaskan Tesla di sebalik rancangannya untuk mengeluarkan kereta sedan Model 3 dalam pasaran. Firma itu telah menghasilkan 220 Model 3 dan mengeluarkan 260 buah pada suku ketiga,

Ia memulakan pengeluaran model itu pada Julai lalu pada harga AS$35,000 iaitu separuh daripada harga permulaan Model S.