8 Ungkapan Majikan Yang Buatkan Ramai Pekerja Naik Meluat!
# Pengetahuan Pekerja

8 Ungkapan Majikan Yang Buatkan Ramai Pekerja Naik Meluat!

post by Izuan

by Izuan

Oct 31, 2017
pada 11:19 AM

Dalam meneliti sejauh mana kejayaan sebuah syarikat terdapat juga perkara-perkara yang perlu majikan perhalusi. Kadang-kadang sebagai majikan kita rasa banyak perkara yang telah dilakukan sehabis baik untuk menaikkan nama syarikat. Namun kita sering lupa bahawa ada juga perkara-perkara menjadi isu sensitif yang memerlukan sikap keterbukaan majikan dalam menangani pekerjanya.

Kali ini Maukerja ingin berkongsi tentang 8 perkara yang perlu menjadi perhatian majikan untuk tak terlepas cakap ketika berhadapan dengan pekerjanya. Ingat! Majikan perlu menunjukkan contoh terbaik kepada pekerjanya dalam pelbagai hal termasuklah pengurusan syarikat. 

 

1. "Kitakan dah selalu ikut cara ni"

Ini bukanlah sikap boss yang bagus bila pekerja cuba mengutakan idea baru dalam kerja, dia terus menolak tanpa memberi peluang perkara baru tersebut diketengahkan. Sikap majikan yang begini akan membantutkan kemahiran pekerja dalam bersikap kreatif dan inovatif. Pekerja malah akan cepat berasa putus semangat dalam mencuba dan terus berada di takuk yang lama.

Majikan yang sering berkata begini sebenarnya mempunyai perasaan takut untuk mengambil risiko di samping tidak mempunyai kepercayaan terhadap pekerjanya sendiri.

 

2. "Saya tak mahu dengar apa-apa complaint" 

Ada juga majikan yang terlalu bersikap dan berfikiran sempit kerana tidak mahu menerima teguran dan maklum balas daripada pekerja. Sepatutnya boss perlu berfikiran terbuka dalam menerima nasihat dan teguran walaupun mungkin ia berunsur negatif.

Sebagai majikan yang bijak, korang akan cuba sedaya upaya menerima apa-apa komen yang membina agar dapat memperbaiki segala kesalahan atau kelemahan diri dan syarikat.

 

3. "Awak boleh fikir benda ni sendiri kan?"

Ini lagi satu masalah yang sering dihadapi pekerja apabila boss suruh pekerja memikirkan sendiri masalah yang mereka hadapi. Sebenarnya pekerja tak akan bertanya kalau mereka tak tahu untuk melaksanakan kerja tersebut. Jadi bila majikan tak bagi support atau sokongan yang membina memanglah pekerja tak akan bersemangat langsung dalam melakukan kerja.

Ingat! Boss adalah orang yang perlu sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar bukannya tak mengindahkan pekerja.

 

4. "Kerja apa yang awak buat ni? Teruknya!"

Sebagai majikan korang perlulah memberi alasan yang jelas supaya kesilapan yang dilakukan pekerja dapat dikurangkan. Sebagai majikan korang tak boleh hanya menunding jari bila pekerja buat kesalahan. Sepatutunya korang sebagai majikan harus memberi sumber, training, bajet, support  dan deadline. Perkara-perkara ini amat penting untuk mendidik pekerja agar dapat membuat tugasan dengan lebih baik.

Jika pekerja tetap melakukan kesilapan sebagai majikan korang harus mengkaji balik apa puncanya perkara tersebut berlaku. Mungkin ada kekurangan dalam sistem atau pengurusan.

 

5. "Saya bayar gaji awak, jadi ikut arahan saya"

Sebagai boss korang janganlah membuat ugutan kepada pekerja dengan taktik 'gaji' ini. Ugutan yang mengunakan gaji ini sangatlah menjengkilkan kerana seolah-olah periuk nasi pekerja sememangnya berada di tangan majikan. Kalaulah pekerja tak buat pekerjaan mereka dengan baik tak datangnya hasil atau duit untuk korang mampu bayar gaji mereka.

Lagi pula permainan gaji ini sangatlah sensatif kerana  ia seolah-olah tiada sikap hormat-menghormati antara majikan dengan pekerja.

 

6. "Awak ni sangat bermasalah daripada pekerja lain"

Ini juga satu teguran yang 'direct' apabila majikan memang tengah naik angin bila pekerja buat silap. Sepatutnya majikan perlu lebih hati-hati ketika memberi teguran agar tak terlepas cakap dengan begitu kasar yang pasti boleh buat pekerja lebih sakit hati. Teguran yang berhemah adalah satu cara terbaik dan menunjukkan sikap professional boss.

Pekerja kenalah mengambil iktibar bila teguran telah dibuat oleh majikan secara positif dan jangan pula ambil kesempatan untuk mengulangi kesilapan yang sama.

 

7. "Kalau awak tak mampu buat kerja, saya boleh cari ramai lagi orang lain yang boleh"

Kenyataan ini selalu didengar oleh sesetengah pekerja  apabila tak mampu melaksanakan pekerjaan yang diarahkan oleh boss. Korang sebagai majikan janganlah membuat ugutan seperti itu kerana pekerja akan merasa seperti tak dihargai dan dipandang lemah. Sebagai boss yang baik korang perlu memberi bimbingan dan sokongan kepada pekerja ini bila mereka memerlukan sedikit pertolongan.

Jika mereka dimarahi seperti ini, tak mustahil semangat untuk bekerja juga akan hilang serta merta.

 

8. "Kalau dia boleh buat kenapa awak tak boleh pula?"

Suka membanding-bandingkan pekerja bukanlah satu etika pekerjaan yang patut diamalkan oleh majikan. Bila perbandingan sebegitu dibuat pekerja mula berkecil hati kerana dianggap lemah dan tidak berkemampuan dalam melakukan kerja yang diberikan. Sebenarnya mereka memerlukan sedikit sokongan padu daripada majikan agar mempercayai diri mereka.