Ibu Di Selangor Bergaji Bawah RM 2,000 Akan Dapat Bantuan RM 200 Sebulan!
# Trending Semasa

Ibu Di Selangor Bergaji Bawah RM 2,000 Akan Dapat Bantuan RM 200 Sebulan!

post by Izuan

by Izuan

Nov 3, 2017
pada 8:14 AM

Boleh dikatakan tahun 2018 ini, merupakan tahun durian runtuh bagi wanita yang bergelar ibu di Selangor. Selain menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kerajaan negeri juga akan memberikan bantuan kepada ibu-ibu yang berpendapatan dibawah RM 2,000 setiap bulan!

Ia sudah semestinya serba sedikit dapat membantu meringankan beban mereka berikutan dengan keadaan sekarang ini. 

"Bantuan RM200 Setiap Bulan"

Pengumuman itu diumumkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, menerusi inisiatif baharu yang diperkenalkan Kerajaan Negeri iaitu Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang akan memberdaya golongan ibu sebagai pengurus kewangan untuk keluarga masing-masing, di Selangor.

“Ia bagi membantu ibu daripada setiap keluarga atas segala pengorbanan dan perit jerih mereka khususnya berpendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah.

“Setiap ibu yang layak akan menerima bantuan RM2,400 setahun atau RM200 setiap bulan,” katanya.

Akan mendapat bekalan makanan asas

Menurut sumber, 30,000 ibu di negeri itu juga akan mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung serta peralatan juga pakaian sekolah untuk anak di pasaraya serta kedai runcit yang akan dikenal pasti melalui Kad KISS,.

“Ini adalah peluang baik untuk golongan ibu bergaji rendah seperti saya kerana dengan bantuan itu boleh juga dibuat simpanan atau perbelanjaan anak yang tak mencukupi" - Norfazilah Harun, 28, Kerani Akaun

“Saya amat gembira dan bersyukur dengan bantuan ini serta bangga menjadi sebahagian daripada warga Selangor yang amat mementingkan golongan ibu,” - Jaslina Harun, 36, Guru Tadika