Kalau korang pengguna smartphone, tapi korang tak gunakan trick ni, korang memang betul-betul rugi tau. Banyak fungsi pada smartphone yang memang betul-betul akan memudahkan kerja seharian korang.


by Haziqah Muhamad
Kalau korang pengguna smartphone, tapi korang tak gunakan trick ni, korang memang betul-betul rugi tau. Banyak fungsi pada smartphone yang memang betul-betul akan memudahkan kerja seharian korang.
Paling best, trick kali ni kami akan 'belanja' untuk kedua-dua pengguna iPhone dan Android.

Aktifkan saja mod penerbangan ataupun 'airplane mode.' Tetapi, kaedah ini hanya boleh digunakan sekiranya korang bermain game yang tak memerlukan penggunaan internet.

Sekiranya korang pernah login guna sesuatu WIFI, kemudian korang nak login kembali menggunakan WIFI tersebut menggunakan gajet yang lain, senang je caranya. Tak perlu taip semula password tu. Apps ni boleh boleh download semua password yang korang pernah masukkan dalam gajet korang tu.

Kalau korang tak dapat jawab atau terlepas menjawab mana-mana panggilan telefon, anda boleh menghantarkan pesanan kepada orang tu menggunakan template. Boleh tulis ayat template sendiri ataupun guna je template yang sedia ada.

Yang ni korang mesti suka. Kalau korang taknak orang lain godek maklumat peribadi dalam smartphone korang tu, korang ubah ke Guest Mode pada Android korang tu. Mula-mula, tekan pada User icon pada bahagian atas kanan di bahagian Settings. Kemudian tekan Guest. Jadi segala rahsia korang dalam tu semuanya diorang tak boleh baca!

Anda boleh merahsiakan nombor telefon anda semasa membuat panggilan dengan menggunakan kod.
*#31# – Semua yang menerima panggilan dari anda tidak dapat lihat nombor anda.
#31# – Satu orang yang ditelefon sahaja tidak dapat melihat nombor anda.

Ciri iOS ini boleh memberhentikan apa-apa jenis pemain audio pada masa yang ditetapkan, supaya tidak membazirkan bateri telefon.
.jpg)
Kalau korang tengah rekod video menggunakan iPhone dan nak tangkap gambar pada masa yang sama, korang boleh buat kedua-duanya serentak tau. Buat je seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Android Beam membolehkan korang share file dengan smartphone Android yang lain dengan lebih cepat. Cara penggunaannya sama seperti Bluetooth.

Kalau skrin smartphone korang bermasalah, korang boleh menaip dengan menggunakan keyboard dan klik menggunakan mouse. Beli saja USB 'on-the-go.'

Aplikasi ’Screen Lock – Time Password’ membuatkan masa yang terpapar sebagai kata laluannya.