Elak Jadi Mangsa Beli Barang 'Ciplak', Guna Apps Ni Je Untuk Semak Label!
# Gaya Hidup

Elak Jadi Mangsa Beli Barang 'Ciplak', Guna Apps Ni Je Untuk Semak Label!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 7, 2017
pada 6:40 AM

Penggunaan barang elektronik tiruan ataupun dipanggil sebagai 'ciplak' adalah sangat membahayakan. Dah berapa banyak kes yang terjadi sebelum ni sehingga meragut nyawa pengguna. 

55% punca kebakaran di kawasan perumahan di negara ini disebabkan masalah elektrik sama ada berlakunya percikan, litar pintas atau arus berlebihan oleh alat elektronik. Antara barangan elektronik yang paling banyak dilaporkan adalah smartphone, e-rokok dan water heater.

Bagi mengelakkan kejadian sebegini meningkat lagi, satu applikasi telah dicipta bagi membolehkan korang semak sama ada barang elektronik yang dibeli tu tiruan atau sebaliknya.

Menerusi aplikasi 'Check Your Label,' korang hanya perlu masukkan nombor identiti pengenalan bagi setiap telefon bimbit (IMEI) atau nombor serial produk terbabit.

Setiap alat komunikasi akan melalui ujian saringan SIRIM yang ditampal dengan label keselamatan SKMM dengan nombor siri unik. Semakan ini membolehkan pengguna mengetahui telefon yang dibeli itu sudah melalui proses pensijilan oleh SIRIM atau sebaliknya.

Korang boleh muat turun aplikasi 'Check Your Label' ini menerusi Play Store dan App Store.