Rebut Peluang Kerja Sebagai Penolong Jurutera Di Syarikat Ternama Ini, Pendapatan Lumayan Hingga RM2,500, Mohon Segera!
# Jenis Pekerjaan

Rebut Peluang Kerja Sebagai Penolong Jurutera Di Syarikat Ternama Ini, Pendapatan Lumayan Hingga RM2,500, Mohon Segera!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 7, 2017
pada 8:24 AM

Warga Bangi dan Meru yang mempunyai kelayakan dalam bidang kejuruteraan, kami mempunyai peluang kerjaya yang ingin diwar-warkan kepada anda yang sedang memerlukan kerja! Sebuah syarikat ternama memerlukan individu lelaki berumur antara 20 hingga 35 tahun yang berkelayakan untuk memegang jawatan sebagai Penolong Jurutera. Syarikat ini telah lama beroperasi di Malaysia dan cukup terkenal dengan produk-produk minuman yang dihasilkan. Bukan itu sahaja, malah ia turut menjadi pilihan pengguna sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Sekiranya anda mempunyai kelayakan Diploma dalam bidang berkaitan, jawatan ini memang sesuai untuk anda mohon. Bagi lepasan SPM yang turut berminat untuk mohon, anda juga dialu-alukan untuk mohon dengan syarat anda mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan.

Pendapatan yang ditawarkan memang cukup lumayan sehingga RM2,500* sebulan! Selain itu, terdapat banyak lagi manfaat lain yang anda akan dapat termasuklah manfaat perubatan, cuti tahunan dan banyak lagi. Untuk mengetahui maklumat lain dan berminat untuk memohon, rujuk di bawah ni:


 

Penolong Jurutera
(Sehingga RM2,500* Sebulan)

 

Kelayakan

  • ​​​​Pemegang SPM dengan pengalaman yang berkaitan
  • Graduate Fresh dalam Diploma Kejuruteraan (Mekatronik / Mekanikal / Elektrik / Perindustrian) digalakkan untuk memohon (Latihan disediakan)
  • Kemahiran interpersonal yang baik
  • Mempunyai kenderaan sendiri
  • Literasi komputer - MS Office
  • Boleh kerja shift

 

Tanggungjawab

  • Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jentera / peralatan terpilih untuk memastikan pelaksanaannya mengikut KPI
  • Melakukan tugas harian, mingguan, bulanan dan pencegahan pada mesin / peralatan yang ditetapkan berdasarkan keperluan TPM
  • Kurangkan downtime semasa pengeluaran
  • Berkomunikasi dalam ahli pasukan dan cepat mencari penyelesaian untuk penambahbaikan 
  • Cepat bertindak sekiranya diperlukan
  • Bertanggungjawab penuh terhadap pengendalian mesin dan penyelesaian masalah harian.

 

Manfaat Tambahan

  • Gaji pokok sehingga RM2,500 *
  • KWSP & SOCSO
  • OT – Tertakluk kepada operasi perniagaan yang diperlukan
  • Faedah perubatan klinik dan masuk wad untuk staf dan ahli keluarga
  • Sebulan bonus loyalti
  • Bonus prestasi – Tertakluk kepada prestasi kerja
  • Kenaikan gaji tahunan – Tertakluk kepada prestasi kerja
  • Cuti tahunan 15 hari 
  • Insurans jangka hayat
  • Insurance kemalangan diri

 

Lokasi Kerja (Anda boleh pilih lokasi kerja)

  • Bangi
  • Meru