Setiap daripada kita mesti akan ada group WhatsApp kan? Untuk kawan, keluarga, rakan gossip bahkan kalau ada rancangan nak buat 'trip' pun nak buat group untuk menghubungkan kita sekumpulan ini dari jarak jauh.


by Izuan
Setiap daripada kita mesti akan ada group WhatsApp kan? Untuk kawan, keluarga, rakan gossip bahkan kalau ada rancangan nak buat 'trip' pun nak buat group untuk menghubungkan kita sekumpulan ini dari jarak jauh.
Dalam banyak-banyak group tu, pasti akan ada group untuk team kerja kan? Kami yakin bila group ni mesti korang 'mute' sebab kerja tu kerja lah buat apa sampai nak bawa kerumah. Ditambah lagi, dengan co-worker yang masing-masing ada perangai 'annoying' ni. Cuti-cuti ada je benda yang nak mesej. Tak apa jangan risau kami pun 'mute' juga.
Konon-konon dia tu funny lah happy go lucky, ada je nak meriuhkan suasana. Tak ada life kot, ajak karaokea lah, ajak bersenam sama-sama lah, outing lah. Lepastu semua cerita dalam kelambu nak cerita, tak lekang sepanjang masa, jari tu mengalahkan bertih jagung. Dah tu, selfie memanjang, macam dia sorang je bercuti, lepak-lepak segala. Apa motif kitaorang nak simpan gambar kau eh?
Ada je quotes-quotes motivasi yang dia nak bagi, sekali dua tu memang membina tapi kalau dah banyak kali tu rimas juga. Yang si 'Friendly AF' ni sukalah melayan. Makin rimas pula, Kadan-kadang si 'Friendly AF' ni diam si pakar motivasi ni pula yang menyebabkan group tu riuh sampai tengah malam sebab melayankan sangat Qhalif Moden tu.
Dalam group tu kadang-kadang ada boss kan? Ada masa boss pun suka buat lawak dalam WhatsApp *walaupun hambar. Yang si pengampu ni pun mengiya-iya kan je, tapi bagus juga ada dia ni, sekurang-kurangnya tak ada lah 'krik krik' sangat group tu.
Dok sibuk share gambar kucing lah, baby lah, eeee! Semak tau tak! Buat penuhkan memori handphone orang je! Nak share tu share lah kat FB/IG sendiri ya? Sekian!
Aduuh yang ini pun memang suka sangat spoil kan mood orang. Selalu sangat salah group nak kutuk orang, ada je terlepas cakap bila nak bergossip pasal co worker terutamanya pasal boss padahal dia ada je dalam group tu. Maaf lah ya orang jenis yang no.1 tu pun tak dapat nak tolong coverline sebab kutuk boss kot!
Semua benda nak buat group, projek sikit buat group, nak gossip pasal orang sikit buat group, bayangkan pasal kerja je dah ada 10 group dah dia buat. Nak left nanti sentap pula, dia ni la punca wujudnya orang yang no.5 tau. Confuse sangat mana satu port yang tak ada boss. Haaa, last-last kan dah mendapat! Padan muka! Lagi-lagi yang no.5 dengan no.6 tu orang yang sama.