Korang Ada Hak Buat 'Report' Jika Majikan Buatkan Korang Stress Semasa Kerja
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Korang Ada Hak Buat 'Report' Jika Majikan Buatkan Korang Stress Semasa Kerja

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 16, 2022
pada 10:14 AM

Korang Ada Hak Buat 'Report' Jika Majikan Buatkan Korang Stress Semasa Kerja

Ramai di antara kita yang masih tidak sedar kepentingan kesihatan mental di tempat kerja bagi menghasilkan suasana yang selamat, kondusif dan produktif. Kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menunjukkan tekanan perasaan bakal menggantikan penyakit kardiovaskular sebagai faktor penentu utama sama ada seseorang itu masih mampu untuk terus bekerja atau tidak.

Pekerja di Malaysia tidak terkecuali daripada masalah ini kerana Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan lebih kurang 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas, atau 29.2 peratus populasi negara, menghidapi pelbagai masalah mental. 

Disebabkan perkara inilah, baru-baru ni Timbalan Menteri Sumber Manusia keluarkan kenyataan di mana kerajaan akan kenakan tindakan ke atas majikan yang memberikan tekanan kepada pekerjanya. Tiada lagi tolak ansur akan diberikan kerana ia membabitkan keselamatan dan kesihatan pekerja. 

Menurutnya lagi, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas majikan yang tidak tahu langsung untuk berterima kasih, apatah lagi mendera pekerja yang selama ini banyak berkhidmat dan memberikan sumbangan kepada majikan mereka.

Tapi berdasarkan pandangan kami, kalau nak buat laporan tu, biarlah logik kot. Kalau setakat tekanan sikit-sikit tu kami rasa tak perlulah sampai nak report bagai kan. Biasalah, mana ada kerja yang takde tekanan kan. Mungkin kalau majikan korang tu terlalu melampau dan betul-betul beri kesan negatif kat hidup korang, haa kes macam tu kami sarankan korang untuk buat report.