Ini 5 Kriteria Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Korang Terima Mana-Mana Tawaran Kerja
# Pengetahuan Pekerja

Ini 5 Kriteria Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Korang Terima Mana-Mana Tawaran Kerja

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 12, 2017
pada 1:00 AM

Cari kerja ni kadang-kadang boleh jadi paling stress. Lagi-lagi memang dah terdesak sangat perlu kerja. Jadi kalau dah dapat tawaran bekerja tu terasa sangat lega dan gembira. Jadi kalau korang tidak berapa pasti pasal company yang korang dapat kerja tu. Takkan nak terima tawaran terus. Perlulah berhati-hati sebelum membuat keputusan. Sebelum terlambat korang tanda tangan kontrak kerja. 

Selain daripada tujuan bekerja ialah untuk menampung hidup. Tetapi perlu juga untuk berpuas hati melakukan kerja. Jangan terburu-buru sebab ia mengenai masa depan korang yang panjang. Jadi sebelum menerima tawaran kerja, apa yang korang perlu lakukan dan tanya pada diri sendiri? Di bawah ini ada beberapa contoh soalan yang korang boleh tanya diri sendiri sebelum menerima tawaran kerja :

 

1) Adakah peluang kerja ini dapat meningkatkan skill saya?

Jika korang berminat untuk meneruskan kerja dalam sesuatu company ini. Adakah pihak mereka teruja untuk menerima korang dan membantu dalam bentuk pendidikan mengenai kerja. Adakah jawatan kerja ini menggunakan kebolehan korang dan meningkatkan softskill? Paling bagus jika company ini selalu mengadakan seminar-seminar kerjaya untuk para pekerja, sebab ia dapat memberi kesan yang positif dekat kerjaya korang.

 

2) Adakah manfaat yang saya dapat tidak boleh dapat di syarikat lain?

Selain gaji pokok, cuti tahunan, KWSP dan SOCSO, adakah company ini menawarkan manfaat yang lebih unik dan lain daripada yang lain? Contoh nya insurans, program-program yang memberi manfaat. Tak kisah lah bentuk apa pun yang penting ia menunjukkan company ini menghargai para pekerja. Ingat korang diambil kerja kerana korang mempunyai value, bukan dipandang rendah dan mengambil kesempatan.

 

3) Kerja ni menarik dan mencabar tak?

Lain orang lain pendapat. Tetapi ada sesetengah orang lebih suka dalam keadaan lebih rileks dan melakukan rutin yang sama setiap hari. Hanya duduk di atas kerusi dan menghadap komputer. Tetapi ada juga yang suka kerja lebih mencabar dan kelainan. Contohnya berjumpa dengan ramai orang setiap hari dan keadaan kerja yang lebih sibuk. Tetapi bagi mereka kerja yang lebih meriah.Ia ikut pada korang macam mana nak kerja. Yang penting korang selesa.

 

4) Agak-agak kerja ni boleh capai target matlamat korang tak?

Yang penting korang mempunyai maklamat dalam kerjaya. Apa sebab korang nak bekerja? Apa yang korang nak capai. Mestilah dalam kewangan dan aset kan. Jadi adakah ia berbaloi. Perlu ke ketepikan dream job demi kewangan? Bagi kami tak salah kita mencari pengalaman kerja yang berbeza beza. Takde lah kita lekat kepada 1 skill sahaja. Setiap pengalaman itu dapat meningkatkan skill tak kira lah positif atau negatif. Jika ia bukan kerja yang korang nak. Pastikan ia sesuai dan korang menerima dengan hati terbuka.

 

5) Boleh bayangkan keadaan korang bekerja dalam company ini?

Adakah korang boleh bayangkan korang bekerja dalam company ini. Masa datang interview mesti masuk dalam company dan lihat keadaan sekeliling kan. Co-workers lain, keadaan sekeliling dan bakal bos korang. Adakah mereka okey sahaja. Jadi kalau korang rasa korang sesuai dengan mereka. Buat keputusan dan yakin. Walaupun gaji yang sikit tetapi korang suka dengan keadaan kerja dan dapat gembirakan korang. Jadi lebih elok jika korang terima.

Kadang-kadang kerja idaman korang tu boleh bertukar, tak salah jika mencuba kerja yang lain dari yang lain, mencari pengalaman baru. Lebih baik cari company yang terjamin dan dipercayai. Sesetengah lebih memilih keadaan persekitaran berbanding gaji. Kerana mereka lebih suka bekerja dalam keadaan yang lebih gembira dan berpuas hati.

Yang paling penting korang selesa dan sanggup untuk belajar perkara baru, berjumpa orang baru dan boss baru. Skill yang korang ada itu boleh digunakan dimana-mana dan jangan bimbang kerana setiap perkara baru itu sangat berharga!