Tindakan Paling Wajar Diambil Jika Majikan Tak Bayar Gaji Korang Sebagai Pekerja
# Pengetahuan Pekerja

Tindakan Paling Wajar Diambil Jika Majikan Tak Bayar Gaji Korang Sebagai Pekerja

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 12, 2017
pada 2:23 AM

''Saya baru je dapat payslip gaji. Tapi kenapa gaji saya tak sama dengan apa yang dibincangkan semasa interview dulu?''

 

Pernah berhadapan dengan situasi macam ni sebelum ni? Dulu masa interview janji lain. Tapi bila sampai masa dapat gaji, lain pulak yang jadi. Kalau jadi macam ni, apa tindakan yang patut kita buat? Boleh ke terus berhenti kerja macam tu je? 

Nasihat kami, kalau jadi perkara macam ni kat korang di luar sana, korang patut bertindak secepat mungkin tau! Jangan tunggu sampai dua tiga bulan. Makin lama korang tunggu, makin susah korang nak dapatkan balik gaji korang tu nanti. Percayalah! Buat penat je korang kerja sampai berbulan-bulan tapi tak dapat gaji.

 

Cara untuk semak sekiranya ada pemotongan tak sepatutnya dibuat dari gaji korang

Itulah sebabnya mengapa payslip tu penting. Bila HR bagi payslip, jangan terus sign tau! Semak dulu satu-persatu pemotongan yang dibuat di situ sama ada betul ataupun tak. Tak tahu cara yang betul nak check? Boleh ikut cara ni:

1. Betul ke gaji yang dibayar seperti yang dibincangkan sewaktu interview
2. Semak rate bayaran
3. Ada sebarang bayaran tambahan lain ataupun tidak
4. Majikan tolak gaji tanpa pengetahuan

Sebagai seorang pekerja, korang ada hak untuk menyimpan payslip daripada majikan. Kalau tak dapat, korang boleh terus tanya HR ataupun majikan untuk mendapatkannya. Jangan 100% harapkan daripada HR atau majikan untuk berikan payslip kat korang tau. Makin lama korang tunggu, makin complicated nanti jadinya. Jangan takut untuk bersuara sebab tu memang hak korang.

 

Majikan tak bayar gaji saya. Apa patut saya buat?

Berkemungkinan besar syarikat tempat korang bekerja tu sedang menghadapi masalah kewangan sehingga menyebabkan mereka tak mampu nak bayar pekerja. Jangan terkejut sebab kes sebegini pernah terjadi. Kadang tu ada majikan yang boleh bayar cuma lambat sedikit. 

Katakan korang sedang menghadapi perkara macam ni, cuba korang check 3 perkara ni terlebih dahulu:

1. Tiada penjelasan kenapa korang tak dibayar gaji
2. Pekerja lain pun tak dibayar gaji
3. Supplier turut tak terima bayaran daripada syarikat

Sekiranya korang menghadapi perkara sebegini, dinasihatkan supaya korang dapatkan nasihat dari profesional sama ada wajar ataupun tak korang berhenti kerja. Kalau korang memilih untuk berhenti kerja, pastikan korang dapatkan gaji korang tau! Jangan takut untuk mintak sebab tu memang hak korang.