Akui Pita 'Back-Up Data' Pelanggan Hilang, CIMB Saran Pelanggan Ikut Langkah Keselamatan Ni
# Trending Semasa

Akui Pita 'Back-Up Data' Pelanggan Hilang, CIMB Saran Pelanggan Ikut Langkah Keselamatan Ni

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 14, 2017
pada 3:29 AM

Gempar baru-baru ni dengan insiden yang berlaku terhadap CIMB Group Holdings Bhd susulan pita data sokongan pelanggan hilang dalam perjalanan semasa ke satu operasi rutin. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan pihak Bank telah memaklumkan kepada pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia dan Monetary Authority of Singapore. Walaupun tiada bukti bahawa maklumat tersebut telah di kompromi, pihak Bank masih berjaga-jaga dan telah mengambil pelbagai langkah untuk melindungi pelanggan kami.

 

Apakah maklumat yang terkandung dalam pita tersebut?

Memandangkan siasatan masih lagi dijalankan, maklumat di dalam pita tidak dapat didedahkan buat masa ini. Tetapi maklumat pengesahan bagi aktiviti transaksi seperti  nombor PIN, CVV kredit kad dan kata laluan akaun tiada dalam pita tersebut.

 

Siapa yang akan terkesan akibat insiden ini?

Maklumat yang terdapat di dalam pita data sandaran adalah berkaitan dengan pelanggan CIMB Bank dan subsidiarinya. Para pelanggan diharap maklum bahawa maklumat di dalam pita pita tersebut tidak boleh digunakan untuk membuat sebarang transaksi kewangan.

 

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelanggan demi keselamatan:

1. Sentiasa berwaspada. Simpan di tempat selamat kad, PIN, Clicks ID dan kata laluan anda.

2. Jangan balas sebarang panggilan/SMS/E-mel dari sesiapa yang mengaku mereka pihak Bank, Bank Negara atau syarikat telekomunikasi, yang meminta nombor akaun, nombor TAC, kata laluan anda. Pihak Bank ataupun pihak berkuasa tidak akan minta butiran diri anda dalam talian atau semasa panggilan dibuat.

3. Cubaan penipuan selalunya menggunakan taktik yang cuba menakutkan pelanggan seolah-olah mereka mengetahui butiran diri anda. Oleh itu, janganlah ikut arahan pihak ketiga sama sekali. Jika curiga, hubungilah kami di:

  • 03 6204 7788 – Pusat Khidmat Talian Pelanggan
  • 03 6204 7799 – Pusat Khidmat Panggilan Kad Premier
  • 1300885300 – Pusat Khidmat Panggilan Preferred
  • 1300888828 – Pusat Khidmat Talian untuk Biz
  • 1300888068 – Pusat Khidmat talian untuk Biz Corp

 

Menurut pihak CIMB lagi, pelanggan tidak perlu risau memandangkan maklumat dalam pita sandaran tersebut tak boleh digunakan untuk tujuan transaksi kewangan. Pelbagai tindakan juga telah diambil bagi mengukuhkan lagi proses keselamatan dalaman pihak CIMB. Cuma pelanggan dinasihatkan supaya berwaspada dan menghubungi pihak CIMB sekiranya terdapat sebarang perkara mencurigakan.