Elak Jawab 'Tidak' Jika Recruiter Tanya 5 Soalan Ni Masa Interview, Basic Kot!


by Haziqah Muhamad
Elak Jawab 'Tidak' Jika Recruiter Tanya 5 Soalan Ni Masa Interview, Basic Kot!
Ada sesetengah majikan masih sudi hubungi calon-calon walaupun resume hancur, mungkin mereka memerlukan pekerja dengan kadar segera ataupun mereka ni jenis menilai diri korang dari segi percakapan jadi resume dia tak ambil pusing, bukan senang tau nak jumpa majikan macam ni, kalau dah dapat kira betuah lah tu. Silap-silap lepas korang keluar dari pintu pejabat majikan terus hubungi yang korang tu dah diterima bekerja.
Korang kenalah buat betul-betul, sebab possibility nak dapat dan kena reject tu memang tinggi, sebab tulah kami pernah berpesan sebelum ini letak kan diri korang dalam standby mood dari segi fizikal mahupun mental.
Kalau korang bersedia memang sekelip mata sahaja korang diterima, tapi sekali korang jawab TIDAK masa interview nanti. Memang majikan tak suka dan korang takkan dihubungi oleh mereka nanti sebab sebenarnya soalan yang ditanyakan itu merupakan requirements wajib yang diperlukan.

"Saya TIDAK Tahu Mengenai Syarikat Sebab Saya Tak Sempat Buat Research". Memanglah majikan hubungi secara mengejut, tapi mereka tetap berikan masa sekurang-kurangnya 2 hari untuk korang melakukan persediaan. Macam mana cara sekalipun buat research sedikit mengenai latar belakang dan objektif mengenai syarikat tersebut, perlu tahu apa yang dilakukan oleh syarikat tersebut.

"Rasanya TAK BOLEH Kalau Kena Keluar Sebab Tak Ada Transport". Kalau awal-awal korang dah jawab memang majikan tak suka, Sebenarnya ini bukan soalan tapi skop kerja yang korang harus buat kalau diterima bekerja. Jadi, korang bukan calon yang mereka mahukan. Next!

"Ohh, Saya TAK Tahu Pun Apa Yang Syarikat Ni Buat". Jawapan macam ni biasanya diberikan oleh fresh grads, adik-adik sekalian ini jawapan mengandung bala tau. Jangan cakap macam ni. Kami sendiri selalu sangat alama perkara begini.Jangan tanya kenapa kalau interview tu tak sampai 10 minit.

Hmm, Tengoklah Kalau Saya Ada Waktu Lapang Saya Boleh Kerja Lebih Masa, Tapi Kalau Sibuk Saya Memang TAK BOLEH. Kadang-kadang majikan tak letak pun dalam list iklan tawaran kerja yang korang nampak. Ada juga yang selamba jawab begini walaupun dah terang-terang majikan iklankan, tak kan lah tak dapat klu, tak tahu? Ok kami dah bagi tahu ni. Lain kali ingat ya!

":Saya Cuma Nak Cari Pengalaman BUKAN Nak Kerja Tetap". Kalau dapat majikan yangs anggup hadap muka korang lepas korang jawab begini. Kira baguslah, kalau majikan tamatkan temuduga serta merta maknanya itu petanda paling besar korang sendiri dapat fikir kan? Ada ramai lagi yang tengah beratur nak kerja betul-betul, kalau ya pun jangan dedahkan kepada majikan matlamat peribadi kroang. Caerita sesuatu yang berkaitan dengan kerja.