Dah Tak Perlu Panik Kalau Terlupa Parking Kereta Kat Mana, Guna Google Maps Je!
# Trending Semasa

Dah Tak Perlu Panik Kalau Terlupa Parking Kereta Kat Mana, Guna Google Maps Je!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 16, 2017
pada 8:20 AM

Dalam banyak-banyak kawan korang mesti akan ada punya seorang yang jenis selalu sangat lupa mana dia letak kereta. Kadang tu kena pusing satu tempat parking dekat mall tu nak cari kereta. Ataupun sebenarnya bukan kawan korang tetapi diri korang sendiri yang jenis pelupa? Tak perlu nak gelisah kelam-kabut lagi cari mana kereta sebab Google nak tolong korang! 

Aplikasi baru di Google Maps ni akan menyimpan lokasi korang parking kereta di peta! Mesti tak ada dah dengar ayat "weh mana aku park kereta ye? Lupa lah." Sebelum ini, hanya pengguna Android sahaja yang dapat gunakan aplikasi ini tetapi ianya sudah tersedia buat pengguna iOS juga. Jadi macam mana nak save lokasi kereta di Google Maps?

 

1. Untuk activate, klik pada "save your parking" 

Buka sahaja Google Maps dan korang cuma perlu tekan pada 'blue dot' sahaja. Akan keluar senarai ini dan klik pada 'save your parking'. Di peta tersebut akan menunjukkan di mana korang parking kereta dan siap boleh tulis nota lagi dari segi mungkin arah untuk ke kereta dan sebagainya. Nak save kan image pun boleh tau.

 

2. Buat pengguna iOS, caranya sama juga

Kalau korang pengguna iPhone, caranya sama sahaja, korang hanya perlu klik pada 'blue dot' dan pilih 'set as parking location'. Kemudian, korang akann dapat ilihan yang sama seperti versi  Android. 

 

*Sumber: Mashable