Korang Boleh Jimat Banyak Kuota Internet Kalau Ikut 8 Tips Ni, Boleh Jimat Banyak!
# Trending Semasa

Korang Boleh Jimat Banyak Kuota Internet Kalau Ikut 8 Tips Ni, Boleh Jimat Banyak!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 3, 2017
pada 5:46 AM

Kami pasti semua pengguna smartphone sering menghadapi masalah kuota internet cepat habis. Tak kisahlah sama ada korang guna topup ataupun langgan secara bulanan, kuota internet memang cepat betul habis. Lagi stress kalau korang tengah urgent nak guna internet, tiba-tiba internet habis. Memang potong betul!

Di sini kami sediakan 8 tips untuk jimatkan dan minimumkan penggunaan Mobile Data termasuklah pengguna broadband: 

1. Sila Offkan Mobile Data apabila tidak digunakan terutama ketika waktu tidur.

2. Kurangkan download video sebab memang terbukti sebagai antara punca kuota internet cepat habis.

3. Kurangkan penggunaan untuk melayari live streaming, youtube dan mana-mana video.

4. Elakkan untuk update applikasi dengan menggunakan Mobile Data, seeloknya tunggu sehingga anda pergi ke tempat yang menawarkan free WiFi. Setakat update biasa-biasa itu, tak penting sangat pun sebenarnya.

5. Menggunakan data compression feature pada google chrome (mobile)

6. Menggunakan aplikasi (jika ada) berbanding menggunakan website, contoh jika ingin membaca portal berita.

7. Hadkan penggunaan internet di Smartphone anda hanya untuk aplikasi-aplikasi tertentu sahaja dengan menggunakan restrict application. Dengan ini, kita dapat mengelakkan aplikasi lain yang mungkin menggunakan data internet tanpa kita sedari.

8. Manfaatkan kemudahan WiFi dimana-mana sahaja anda berada bagi menggantikan penggunakan Mobile Data anda.

Kesimpulannya, kalau nak betul-betul jimat kuota internet, korang kena pandai-pandailah kawal penggunaannya ye. Kalau banyak korang guna internet, memang cepatlah habis kuota.