Siapa Sangka, Dengan Hanya Ucapan 'Thank You', Daripada Kena 'Reject' Terus Dapat Kerja!
# Pengetahuan Interview

Siapa Sangka, Dengan Hanya Ucapan 'Thank You', Daripada Kena 'Reject' Terus Dapat Kerja!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 3, 2017
pada 8:53 AM

Berapa ramai kat sini yang masih berhubung dengan interviewer walaupun korang tak dapat kerja tu? Pernah tak korang hantar email ringkas ucap terima kasih kepada mereka sebab sudi meluangkan masa interview korang? 

Tapi kami yakin ramai antara korang yang tertinggal 'adab' ni, kan? Bila tahu je keputusan interview korang tu gagal, terus korang 'banned' company tu. Betul tak? Siap cakap konon rugilah syarikat tu sebab tak ambik korang kerja kat situ. 

Haa kadang-kadang benda-benda kecil macam ni sebenarnya korang perlu ambil kira jugak. Tengok macam individu yang kongsikan tentang bagaimana email 'thank you' yang dihantarnya berjaya mengubah keputusan interview dan akhirnya dia berjaya mendapatkan kerja tersebut.

Beberapa jam kemudian, dia menerima maklum balas daripada syarikat tersebut dan mereka menawarkannya jawatan tersebut kepadanya. Betullah seperti apa yang dikata. Tak rugi kalau kita berbuat baik ni. Mungkin pada asalnya interviewer pun 50 - 50 dengan keputusan yang mereka buat. Bila ada extra attitude macam ni, ia lebih membantu mereka dalam membuat keputusan dengan lebih tepat. Jadi, jangan teragak-agak untuk buat kebaikan sebab ia tak merugikan pun.

Sumber: Reddit