Jangan 'Limit' Peluang Kerja, Guna 8 Tips Ni Untuk Dapatkan Kerja Di Luar Bidang Pengajian
# Pengetahuan Pekerja

Jangan 'Limit' Peluang Kerja, Guna 8 Tips Ni Untuk Dapatkan Kerja Di Luar Bidang Pengajian

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 5, 2017
pada 1:03 AM

Kekurangan peluang pekerjaan dalam sesebuah industri merupakan faktor utama mengapa ramai graduan yang bekerja bertentangan dengan bidang pengajian masing-masing. Asal nampak je peluang depan mata, terus grab sebab entah bilalah peluang sebegitu akan datang lagi nanti. 

Persoalannya, relevan ke kalau seseorang itu bekerja di luar bidang pengajian mereka? Boleh ke kalau kita nak mohon kerja yang takde kaitan langsung dengan kursus yang diambil masa belajar dulu?

Kami sediakan 8 tips mencari kerja di luar bidang pengajian masing-masing.

1. Buat Research

Apa-apapun, buat research terlebih dulu tentang sesuatu pekerjaan yang korang minat. Ada banyak pekerjaan yang mungkin korang boleh mohon tapi korang tak takhu akan kewujudannya. 

Contohnya, seseorang yang belajar dalam bidang kejuruteraan boleh bekerja sebagai penulis, editor, marketing, perunding kewangan, ejen takaful dan sebagainya. Lihatlah berapa ramai ejen takaful yang lahir dari latar belakang yang berbeza.

Cari kerja yang mempunyai skop pekerjaan hampir sama dengan subjek pengajian korang. Kemudian barulah boleh kaitkan pekerjaan korang tu dengan kelayakan yang korang ada. 

2. Jangan Sembunyikan Apa-Apa (Telus)

Jangan risau untuk beritahu kursus pengajian korang yang sebenar. Tulis je dalam resume tu. Bakal majikan pun bijak menilai kenapa bidang korang tak sama dengan kerja yang dimohon.

3. Sesuaikan Format Resume

Korang boleh ambik template resume yang disediakan. Tapi isi kandungan resume tu mesti original daripada hasil penulisan korang sendiri. Jangan main 'cedok' bulat-bulat dari resume orang lain tau.

Paling penting, sesuaikan pengalaman dan skop pengajian korang dengan jenis kerja yang korang apply.

4. Guna Cover Letter Untuk Beri Penjelasan

Cover letter dan resume adalah 2 perkara yang saling melengkapi. Jadi, jangan pandang rendah pada cover letter yang anda lampirkan untuk mengiringi resume anda.

Tekankan juga bahawa walaupun anda di luar bidang, anda sentiasa mengikuti perkembangan industri tersebut dan bersedia untuk berusaha mengasah kembali kemahiran yang pernah dimiliki.

5. Tingkatkan Keupayaan Bahasa Inggeris

Zaman sekarang ni, penguasaan bahasa Inggeris dianggap sama penting dengan bahasa melayu. Jadi, pastikan anda tingkatkan keupayaan Bahasa Inggeris, terutamanya jika pekerjaan yang dimohon berkait rapat dengan media, pengurusan, dan public speaking.

6. Sertakan Kerja Part-Time, Freelance Atau Aktiviti Sukarelawan

Penting sangat untuk maklumkan kepada majikan korang tentang pengalaman kerja yang korang ada sebelum ni. Ini akan meluaskan lagi kelebihan korang dan tak hanya tertumpu kepada satu kelebihan saja. Jadi, kalau ada apa-apa kerja part time yang korang pernah buat dulu, masukkan sekali dalam resume.

7. 'Test Drive' Dan Lihat Respon 

Sebelum hantar ke semua syarikat yang korang pilih, cuba hantar ke satu atau dua syarikat terlebih dulu. Lihat komen dan respon yang diberikan. Kalau respon yang diberikana adalah negatif, korang boleh buat penambahbaikan dari semasa ke semasa. 

8. Bersedia Dengan Soalan “Kenapa Nak Tukar Bidang?”

Apabila berjaya dipanggil temuduga, antara soalan wajib yang bakal majikan akan tanya tentulah “Kenapa mohon pekerjaan di luar bidang yang anda belajar dulu?”

Mereka pasti inginkan jawapan yang meyakinkan. Beritahu minat kita yang berkobar-kobar, kongsikan apa yang pernah dilakukan dalam bidang tersebut, TAPI, janganlah buat macam kita tahu semuanya. Ada banyak perkara yang perlu kita belajar apabila menceburi bidang baru dan tentunya majikan mahu melihat kesungguhan kita.