Terima 'Blank' Email, HR Ini Sindir Calon Yang Masih 'Failed' Mohon Kerja Menerusi Email
# Pengetahuan Pekerja

Terima 'Blank' Email, HR Ini Sindir Calon Yang Masih 'Failed' Mohon Kerja Menerusi Email

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 26, 2021
pada 9:49 AM

Terima 'Blank' Email, HR Ini Sindir Calon Yang Masih 'Failed' Mohon Kerja Menerusi Email

Walaupun dah banyak perkongsian yang dikongsikan di internet tentang cara-cara untuk mohon kerja menerusi email, namun masih ada calon yang seakan-akan tak reti bahasa. Agak kasar bunyinya, tetapi itulah realiti yang sering dialami oleh mereka yang bekerja dalam bahagian pengurusan pengambilan pekerja. 

Alasan 'tak reti' dah tak relevan lagi untuk digunakan kerana sekarang ni semua maklumat boleh diperoleh menerusi internet saja. Setiap orang pasti mempunyai kemudahan internet memandangkan masing-masing menggunakan smartphone. Jadi, apa gunanya subscribe internet jika tak digunakan untuk tujuan yang betul?

Itulah yang dialami oleh seorang HR yang dikenali sebagai Shaffik Zainol. Menerusi status yang dikongsikan oleh beliau menerusi akaun LinkedIn, beliau kelihatan agak geram dengan perangai sesetengah calon yang memohon kerja menerusi email. Ini kisah yang dikongsikannya...

 

#justsaying #2cents

Setiap hari menerima email dari calon-calon yang mencari pekerjaan. Namun, kebanyakan email bertulis seperti berikut:

1) Salam, ade keje kosong x?

2) Salam, ade keje kosong ape?

3) [blank] email kosong, tak ada tulis apa-apa kecuali disertakan lampiran resume.

 

Jika calon ada capaian internet untuk menghantar email, calon juga mesti mempunyai capaian internet untuk ‘browsing’ dan hampir semua calon tahu “Google”. Jadi, apa yang menghindar calon daripada mencari capaian “cara-cara mencari kerja” di internet?

 

Calon yang baru bergraduasi dari kolej/universiti juga punya banyak peluang untuk menghadiri taklimat kerjaya / ‘Graduate Employability Training’ di Career Centre kendalian kolej/universiti. Sebagai ‘recruiter’, meluangkan masa 2-3 jam dengan calon-calon berpotensi adalah jauh lebih baik daripada meluangkan masa 2-3 jam membalas email seperti contoh 1-3 di atas.

 

Ada pula yang menyokong pendapat “susah sangat ke nak balas dan betulkan kesalahan?”. Jawapannya, tak susah tapi 2-3 jam tersebut jika diisi dengan temuduga telefon / temuduga berdepan dengan calon yang bersungguh-sungguh memberi usaha mencari pekerjaan adalah lebih bererti dan objektif mengisi jawatan tersebut akan tercapai dengan lebih pantas.