Isu buang pekerja semakin menjadi-jadi sekarang ni. Terbaru, General Electric Co (GE) akan memberhentikan 12,000 pekerja dalam segmen perniagaan berkaitan penjanaan kuasa di seluruh dunia dengan alasan untuk menjadikan syarikat itu lebih berfokus.


by Haziqah Muhamad
Isu buang pekerja semakin menjadi-jadi sekarang ni. Terbaru, General Electric Co (GE) akan memberhentikan 12,000 pekerja dalam segmen perniagaan berkaitan penjanaan kuasa di seluruh dunia dengan alasan untuk menjadikan syarikat itu lebih berfokus.
Mengikut kajian yang lain, seramai 37,699 orang pekerja diberhentikan pada tahun lepas dengan 39.4 peratus diberhentikan secara pemberhentian sukarela (VSS) manakala 60.6 peratus melalui pemberhentian biasa. Kementerian Sumber Manusia berkata berdasarkan statistik pemberhentian pekerja yang dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK), majoriti pemberhentian melibatkan 32,552 pekerja tempatan (86.3 peratus) manakala bakinya merupakan pekerja asing.
Melihatkan perkara ini, akhirnya Timbalan Menteri Sumber Manusia mengeluarkan kenyataan yang majikan tidak boleh memberhentikan pekerja tempatan untuk membolehkan pengambilan pekerja asing kerana ia jelas melanggar undang-undang.
"Terdapat beberapa perlindungan asas yang diberikan kepada pekerja yang diberhentikan secara tiba-tiba, antaranya, majikan hendaklah memberikan tempoh notis atau membayar gaji ganti notis mencukupi mengikut kontrak perkhidmatan, namun tidak kurang daripada yang ditetapkan di bawah seksyen 12 (2) Akta Kerja.
Majikan juga diwajibkan membayar faedah pemberhentian kerja mengikut kontrak perkhidmatan tetapi tidak boleh kurang dari kadar yang ditetapkan dalam peraturan kerja, faedah penamatan dan henti kerja sementara 1980," katanya.
Sekiranya majikan mahu membuat pemberhentian, pekerja asing perlu diberhentikan terlebih dulu, sebelum pekerja tempatan. Di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265), seksyen 60 menetapkan tiada majikan boleh sewenang-wenangnya menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan untuk mengambil pekerja asing.
Maknanya kerajaan akan bela pekerja tempatan. Kalau ada pemberhentian pekerja, berhentikan dulu pekerja asing. Di bawah akta sama, kegagalan majikan mematuhi peraturan, mereka sudah melakukan kesalahan dan boleh disabitkan denda tidak lebih RM10,000.
Bagi pekerja yang diberhentikan, majikan boleh menuntut faedah kewangan dengan melaporkan tuntutan yang mahu dibuat di mana-mana cawangan Pejabat Tenaga Kerja.