Nilai Diri Dalam Resume Dah Mantap, Tapi Sayang Majikan Tak Layan Sebab 4 Silap Ini Kecil Masa Email
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Nilai Diri Dalam Resume Dah Mantap, Tapi Sayang Majikan Tak Layan Sebab 4 Silap Ini Kecil Masa Email

post by Izuan

by Izuan

Dec 11, 2017
pada 4:41 AM

Nak menempuh ke alam kerjaya perlu kena ada langkah-langkah dan peringkatnya sendiri, selain interview antara peringkat paling getir sekali adalah saat korang menghantar email. Nampak macam remeh tapi kalau ada silap sikit memang majikan tak hadap. Ya lah, sebab remeh temeh macam ini lah majikan anggap korang main-main nak minta kerja.

Jadi dari sudut memohon kerja kiriman email adalah satu tanggubjawab besar kepada para jobseeker, pastikan korang tak buat silap walaupun sikit tau, kalau boleh cek sampai 10 kali pun tak apa.

Bukan sebab apa, jangan kerana 4 'minor mistakes' ini akan beri impak besar dimana kornag takkan dapat 'dreamjob' korang tu. 

Video

1. Penerima Email Yang Tak Betul

Hantar email tapi dah nak dekat sebulan tak dapat respon, siap call majikan smpai mereka tak angkat panggilan. Padahal ayat dah meletup dan sempurna, bila tengok receiver rupa-rupanya ada typo/salah hantar email. Kan dah melepas, masa tu tawaran untuk jawatan tersebut dah tutp dah pun.

Lagi satu kalau korang mohon kerja di beberapa syarikat yang berlainan, janganlah letak semua alamat penerima dalam satu kiriman. Mana-mana majikan sekalipun tak nak layan. Jangan pelik kalau hantar dekat 10 syarikat tapi satu pun tak layan!

2. Subjek Yang Tak Jelas

Jelaskan di bahagian "Subject" dengan jelas, bukan hanya sekadar nama penuh atau tulis "resume" memang lah majikan rajin nak tahu apa yang korang nak kan? Melainkan kalau syarikat hanya tawarkan satu sahaja jawatan, tapi kalau ada banyak opening? Memang tak layanlah jawabnya, lagi-lagi kalau di syarikat terkemuka.

Beri penjelasan yang terang bahawa korang memohon untuk sesuatu jawatan tersebut seperti gambar diatas. Bukannya hentam tuli je, subject lah yang mendorong majikan untuk buka kiriman korang atau sambung scroll.

3. Lampiran Yang Merapu

Kami sendiri pernah mengalami semua ini, korang hanya perlu kepilkan resume dan cover letter sahaja tau! Jangan segala butiran peribadi korang letak, ini mohon kerja bukan nak masuk Universiti. Ingat tu!

Tapi majikan akan lebih tertarik kalau korang letak portfolio atau showreel. Mesti best! Yang ini jangan ragu-ragu, lebih digalakkan untuk korang lampirkan

4. Tak Selidik Ringkasan Yang Banyak Terlebih Dahulu

Ayat dah lawa tapi typo bersepah, ada yang biarkan kosong. Paling teruk sekali hanya buat memo dan ayat yang terlalu santai macam mesej dengan kawan. Mungkin ada segelintir majikan tak kisah namun ada yang pandang serius dalam hal ini.

Semua kesalahan ini memang remeh, tapi bila terlepas di folder email majikan mereka anggap ini perkara serius! Semak dahulu beberapa kali dari atas sampai kebawah sebelum hantar. Kalau nak semak lebih 20 kali pun tak apa asalkan ia sempurna.