Sebelum Beri, Ini 2 Cara Bagaimana Nak Membezakan Jika Susu Formula Itu Tulen Atau Tiruan
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Sebelum Beri, Ini 2 Cara Bagaimana Nak Membezakan Jika Susu Formula Itu Tulen Atau Tiruan

post by Izuan

by Izuan

Dec 12, 2017
pada 3:29 AM

Memandangkan baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai produk susu formula tiruan, ianya pasti menimbulkan keraguan dalam kalangan terutamanya ibu-ibu untuk memilih produk tersebut. Lebih-lebih lagi para ibu berkerja yang memerlukan bekalan susu formula ini.

Secara logiknya, pasti ibu bapa akan melihat jenama sahaja atas dasar kepercayaan kebaikan susu formula tersebut untuk berikan yang terbaik buat anak ekoran dengan kekangan masa bekerja yang membataskan mereka untuk memberikan susu badan.

Jadi, sebagai langkah berhati-hati buat ibu bapa diluar sana, lebih-lebih lagi yang sibuk bekerja, luangkan masa sedikit dengan mengambil kira panduan-panduan ini sebelum memberikan susu tersebut kepada anak-anak. 

1.  Produk Tulen Kelihatan Mempunyai Lebih Udara Dalam Pek

Menerusi laman facebook rasmi Enfagrow A+ Malaysia, tindakan ini haruslah dilakukan sebelum memberi produk tersebut. Salah satunya adalah dengan cara menyemak kandungan udara pek foil dalam produk tersebut.

Penyiasatan kami - dan pemeriksaan runcit baru-baru ini - menunjukkan bahawa insiden produk tiruan ini sangat rendah, tetapi kami ingin memastikan pengguna yakin dengan pek produk yang di beli. Cara paling mudah untuk mengenal pasti produk tiruan adalah memeriksa pek foil individu. Bungkusan Enfalac A+ Langkah 1 yang tulen kelihatan mempunyai lebih udara dalam pek. Manakala pek foil tiruan pula mempunyai udara yang kurang dan serbuknya lebih mampat. 

2.  Bungkusan Lipatan Tajam, Tiruan!

 Bungkusan mempunyai lipatan tajam yang ketara di kedua-dua belah bahagian sisi nya, manakala lipatan tidak ada pada pek foil tulen, seperti ditunjukkan dalam gambar di atas.

Sekiranya pengguna menemui pek Enfalac A+ Langkah 1 1.8 kg dengan lipatan tajam pada sisi bungkusan foil dalam produk yang dibeli, sila hubungi talian pelanggan careline Mead Johnson di talian 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9.00 pagi -9.00 malam) dengan segera untuk mendapat sokongan dan menerima produk gantian.

Ibu Bapa Harus Buat Pemeriksaan Kendiri

Selain itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk melakukan pemeriksaan kendiri sebelum memberikan kepada anak. Menurut Ketua Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Norazmir Md Nor, ibu bapa harus mengikut aturan isi padu yang ditetapkan sepertimana yang terpapar di bungsukan tersebut.

"Sebagai contoh, 120ml air suam untuk 4 penyukat susu. Jadi kita cuba rasa sikit sebelum bagi bayi. Biasanya, proses ini melalui pengalaman kerana kebiasannya kita kena rasa dulu sikit-sikit.

"Jika ada rasa beza lemak atau tawar sahaja, jangan berikan kepada bayi ataupun bila bagi kepada bayi dan bayi akan tolak pengambilan susu itu bila dia rasa berlainan. Ia akan dapat dikesan jika yang membuat susu mengikut sukatan sama pun rasanya berbeza kerana kandungan kimia itu yang buat berbeza, bau lebih kuat​"

Susu Tiruan Mengandungi Bahan Kimia Yang Tinggi

"Kebanyakkan susu bayi ini telah menjalani ujian klinikal terlebih dahulu tetapi susu tiruan hanya menggunakan beberapa bahagian sahaja daripada formula asal di mana bahan kimia berlebihan akan memudaratkan bayi.

"Dalam Akta Makanan 1983 dan pengguna diet khas kepada bayi, KKM memang ada mengeluarkan garis panduan serta kadar-kadar tertentu bahan kimia dalam susu formula. Susu tiruan ini selalunya mengandungi bahan kimia yang berlebihan daripada yang dibenarkan"

Sumber 1 : Facebook Enfagrow A+ Malaysia

Sumber 2 : Astro Awani