Tak Perlu Tunggu Lama, Ganti Saja MyKad Yang Dah Rosak Secara Online!
# Trending Semasa

Tak Perlu Tunggu Lama, Ganti Saja MyKad Yang Dah Rosak Secara Online!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 12, 2017
pada 9:22 AM

Banyak urusan yang akan tergendala bila MyKad rosak. Kebanyakan urusan rasmi memerlukan penggunaan MyKad. Kalau rosak, alamatnya urusan korang tu tak dapat diselesaikan sehingga korang menukar MyKad yang baru.

Bila cakap pasal ganti kad, ramai yang mengeluh sebab membayangkan situasi menunggu lama di kaunter. Tapi sekarang ni dah senang dah. Gantikan je MyKad korang tu secara online. Eh, boleh ke? Ye, memang boleh! 

Ikuti pengalaman yang dikongsikan oleh blogger Hasrul Hassan di blognya.

 

Ganti Secara Online Menerusi MyEG

Bila buka je laman web MyEG, rupanya banyak servis lain disediakan. Sebelum ni, saya gunakan laman web ni untuk bayar saman PDRM dan JPJ sahaja, selain semakan saman PDRM dan JPJ, boleh juga buat pembayaran Zakat, permohonan status kebankrapan, semak saman DBKL dan beberapa servis lain.

Hmm .. bila dah diberitahu boleh buat gantian MyKad rosak guna MyEG, saya pun buatlah permohonan secara online. Uishhh .. mudah sangat ..hanya isikan nama penuh seperti dalam MyKad, nombor kad pengenalan, tempat nak ambil MyKad gantian yang baru. Lepas dah isi maklumat diperlukan, klik 'teruskan' dan buat semakan untuk pengesahan.

 

Caj Bayaran Penggantian MyKad

Untuk penggantian MyKad rosak dengan yang baru, anda akan dikenakan caj dalam MyEG seperti ditunjukkan di bawah ini.

Jika anda setuju dengan maklumat pembayaran bagi caj perkhidmatan gantian MyKad menerusi MyEG ini, maka klik je 'Teruskan' dan satu paparan untuk pembayaran akan muncul. Anda boleh bayar caj ini menerusi dua cara iaitu kad kredit atau menerusi online banking.

Selesai sahaja bayaran dibuat, anda akan dimaklumkan oleh MyEG transaksi berjaya menerusi email/SMS. Dan apabila permohonan anda untuk gantian ini telah siap diproses, anda juga akan dimaklumkan menerusi cara yang sama. Mudah kan? Cuma kena caj sedikitlah untuk 'duit minyak' .. hehehe...

Andai rasa macam tak berbaloi nak bayar untuk gantian MyKad rosak secara online, boleh je anda pergi ke kaunter JPN yang berdekatan.

Ok, sebagai maklumat tambahan apabila anda dah buat permohonan ganti MyKad tadi guna MyEG... bila boleh kutip MyKad yang baru?
  

  • Kutipan di ibu pejabat JPN wilayah persekutuan Putrajaya, 24 jam selepas transaksi dalam talian berjaya.
  • Kutipan di cawangan JPN semenanjung Malaysia, 10 hari bekerja selepas transaksi dalam talian berjaya.
  • Kutipan di cawangan JPN Sabah dan Serawak, 30 hari bekerja selepas transaksi dalam talian berjaya. 


Kalau rasa nak tahu sangat-sangat mengenai permohonan dan pengesahan dah siap ke belum, saya nasihatkan untuk menyemak status permohonan pada laman web JPN di www.jpn.gov.my sebelum kutipan dibuat di pejabat JPN.
Bukan apa, kang nanti pergi nak kutip tetiba pegawai kata tak siap lagi, ahhhhaaaa ..kecewa lak nanti, pastu marah .. pastu viral .. huhuuhu... jadi elak dengan pengetahuan yang saya kongsikan ini ye.

Semoga bermanfaat. Kongsikan pada yang lain ye. Sokong penulisan saya ni dengan klik LIKE atau SHARE di bawah.

 

Sumber: Blogger Hasrul Hassan