Ada yang mengatakan pendapatan RM 3,600 sebulan tu dikira miskin. So pendapatan korang pulak berapa? Tersentap tak baca? Yelah, zaman sekarang ni semuanya memerlukan duit. Sampai nak masuk tandas awam pun kena bayar kot! Haha


by Izuan
Ada yang mengatakan pendapatan RM 3,600 sebulan tu dikira miskin. So pendapatan korang pulak berapa? Tersentap tak baca? Yelah, zaman sekarang ni semuanya memerlukan duit. Sampai nak masuk tandas awam pun kena bayar kot! Haha
Bila dah dapat gaji, tolak duit rumah, duit kereta,belanja barang dapur je dah tinggal berapa kan. Tu belum kira lagi hutang PTPTN, hutang dengan kawan-kawan bila hujung bulan. So bila terjadi macam ni, mesti korang terpikir nak buat side income kan?
Tapi… apa je side income yang boleh dibuat tanpa memenatkan badan? Ye lah, korang mesti dah penah bekerja seharian, pastu nak buat kerja lain lagi kan? So kali ni kitorang cuba senaraikan 5 side income tanpa korang perlu bekerja kuat tapi duit tetap masuk. *kaching kaching*
Antaranya ialah…
Zaman IT ni korang mesti banyak habiskan masa kat internet kan? So daripada korang dok habiskan masa melayari webside orang lain, apa kata korang buat website sendiri. Nak tahu kenapa? Ni adalah kerana bila korang dah ada webside sendiri dan dah ada followers, korang boleh lah masukkan iklan. So dari sinilah korang boleh buat duit.
Kalau korang perasan, ramai je yang dah jadi jutawan dengan buat video Youtube ni. Yang penting korang cuma perlu pandai berlakon ataupun memiliki kelebihan lain. Contohnya macam buat tutorial makeup atau memasak ke. So bila ramai orang tengok video korang tu, makin banyaklah korang dapat income.

Pernah lihat iklan kat body kereta tak? Ala macam iklan kat teksi tu, tapi ni kat kereta biasa. Kalau korang nak tahu, ni merupakan salah satu cara untuk korang buat duit tau! Biasanya kempen pengiklanan ni amik masa dalam 3-6 bulan. Sebulan tu pulak boleh lah dapat dalam RM600 ke atas.
Sebagai pengguna smartphone, korang tahu tak kewujudan aplikasi yang boleh menghasilkan duit? Aplikasi ni boleh diperolehi daripada playstore ataupun iTunes.
Korang hanya perlu tahu mana satu aplikasi yang betul-betul boleh buat duit. Antaranya ialah Foam dan Clashot dimana aplikasi ni akan menjual gambar yang korang ambil tu. Setiap gambar antara RM3-RM320.
Saham ini haram? Haa kalau korang nak tahu, sebenarnya ada terdapat lebih 669 syarikat yang patuh syariah tersenarai di Bursa Malaysia. Urusniaga jual beli saham juga dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia.
Walaupun korang sebenarnya tak memainkan peranan dalam syarikat yang dilaburkan tu, tapi korang still boleh buat duit dalam kenaikan harga saham dan dividen tu setiap hujung tahun.

Duit tak bawa mati, tapi tak ada duit tu boleh bawak mati! So bila dah tahu macam mana caranya, rasa mudah tak? Memang betul rezeki tu ada dimana-mana tapi dengan ilmu dan usaha yang ada ni, ianya dapat meningkatkan lagi pendapatan korang. So tunggu apa lagi??