6 'Signs' Mungkin Smartphone Korang Kena 'Hacked', Ini Cara Untuk Mengatasinya
# Gaya Hidup # Trending Semasa

6 'Signs' Mungkin Smartphone Korang Kena 'Hacked', Ini Cara Untuk Mengatasinya

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 17, 2017
pada 3:54 AM

Zaman serba maju dan canggih sekarang ni, mustahillah segala keperluan peribadi anda selamat daripada sebarang pencerobohan daripada mereka yang tak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi gajet seperti smartphone yang kita gunakan dalam aktiviti harian. Setakat ini, tiada siapa boleh beri jaminan yang apa-apa device yang kita gunakan adalah selamat daripada di'hacked.'

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, di sini kami senaraikan 6 tanda untuk anda kenalpasti yang smartphone anda sudah pun di hacked.

 

6 Tanda Menunjukkan Smartphone Anda Di 'Hacked!'

1. Bateri 'drain' dengan cepat

Ini boleh terjadi sekiranya terdapat apps yang tak diketahui dimasukkan ke dalam smartphone anda.

 

2. Smartphone cepat bahang dan panas

Smartphone anda tiba-tiba menjadi panas padahal anda tak buat sebarang panggilan atau apa saja. Ini juga antara tanda yang menunjukkan terdapat apps yang dimasukkan ke dalam smartphone anda.

 

3. Smartphone anda reboot dengan sendiri

Smartphone anda secara tiba-tiba ter 'off' sendiri, nombor terdial sendiri dan ada apps yang dibuka. 

 

4. Terdapat nombor tak dikenali pada bahagian ''Recent call.''

Kalau yang ni, memang sah-sah ada orang lain yang sedang menggunakan smartphone anda tu.

 

5. Tak boleh menutup device

Sebaliknya, smartphone anda dengan sendirinya buka apps yang ada, naikkan kecerahan smartphone dan sebagainya.

 

6. Terdapat echo atau bunyi asing semasa membuat panggilan 

Kalau bunyi asing tu disebabkan talian tidak berapa jelas, itu lain. Tapi bunyi asing yang terhasil secara tiba-tiba. Hmm, pelik.

 

Cara Untuk Mengatasinya

1. Sekiranya anda menerima sebarang mesej beserta link dan anda tidak dapat melihat link URL sepenuhnya, jangan sekali-kali buka.

2. Jika anda mengecas smartphone pada komputer yang tak diketahui, sewaktu 'connect,' pilih bahagian ''Only Charging.''

3. Jangan guna fungsi ''remember passwords.''

4. Switch off talian automatik (automatic connection) kepada rangkaian public Wi-Fi. Sebaliknya, pilihnya secara manual.

5. Elakkan sambungan rangkaian dengan nama-nama yang mencurigakan seperti FreeInternet atau wifiFree. Pilih Wi-Fi yang disertakan dengan password, lebih-lebih lagi kalau anda menggunakan Wi-Fi di cafe atau sebagainya.

6. Jangan sesekali buat online purchase ataupun fund transfer dengan menggunakan Wi-Fi awam. Bahaya!

7. Sekiranya anda menggunakan Android, install program anti-virus yang bersesuaian.

8. Jangan lupa letakkan password pada smartphone anda.