Keadaan ekonomi yang tidak menentu mendesak ramai individu terutama sekali golongan muda supaya bijak menguruskan wang demi menampung kehidupan seharian. Kalau memang rezeki diberikan gaji yang tinggi dan boleh menampung segala komitmen yang ada, tak mengapalah. Tetapi bagaimana pula dengan golongan muda yang terpaksa memulakan kehidupan dengan permulaan gaji yang kecil?

