Doktor Ini Asalnya Sambung Bayar Hutang 'Food Truck' Adik Je, Kini 'Pikul' Dua Kerjaya Hebat Dalam Satu Masa!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Doktor Ini Asalnya Sambung Bayar Hutang 'Food Truck' Adik Je, Kini 'Pikul' Dua Kerjaya Hebat Dalam Satu Masa!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 21, 2017
pada 4:34 AM

Sebenarnya kalau kita nak kecapi kepuasan dan keseronokan dalam kerjaya, kita kena sentiasa kreatif. Kita sendiri yang perlu mengubahnya. Janganlah disebabkan korang ada background pendidikan, korang akan stuck dengan pekerjaan guru selama-lamanya.

Cuba tengok kisah hidup Dr Norazila Tengah dari Kuala Terengganu ni. Siapa sangka dari seorang doktor, kini beliau boleh jadi jadi tauke food truck pulak. Haa kan jauh beza tu. Dari background perubatan terus beralih ke bidang perniagaan. Tapi takde apa pun yang mustahil kalau kita ada usaha, kan?

Pada asalnya, beliau cuma menyambung bayar trak kepunyaan adiknya yang hampir ditarik oleh bank. Tapi siapa sangka ia merupakan permulaan yang membawanya terjun ke dalam bidang perniagaan makanan barat. 

Food truck yang diberi nama sebagai 'Makang Sedak' itu mendapat sambutan hangat selepas setahun beroperasi. Pendapatan yang berjaya dihasilkan kini telah mencecah hingga lima angka.

Namun, perniagaan food trucknya itu tak menghalang beliau daripada meneruskan kerjayanya sebagai seorang Dr di klinik perubatan miliknya sendiri yang terletak di Merbah Patah.