Potensi Dapat Kerja Hilang Kalau 'Job Seeker' Pakai Cincin Masa Pergi Interview Sebab...
# Pengetahuan Interview

Potensi Dapat Kerja Hilang Kalau 'Job Seeker' Pakai Cincin Masa Pergi Interview Sebab...

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 21, 2017
pada 7:19 AM

Lumrah alam pekerjaan sekarang dan sebenarnya masih lagi berlaku walaupun sudah menginjak 2017 iaitu jurang antara perempuan dan lelaki dalam kerjaya. Tahu tak korang yang jurang gaji antara dua kelompok ini masih lagi berlaku tanpa kita sedar?

Betul, memang gaji ini adalah satu topik yang perlu kekal confidential antara pekerja serta majikan tetapi banyak kajian yang dilakukan sebelum ini jelas menunjukkan masih ada lagi jurang gaji yang besar. Dan kini, mungkin pemakaian cincin tunang di jari wanita akan menghadkan kadar peratusan kejayaan di ambil bekerja. Wow hebatnya!

 

Mengikut blogpost yang ditulis oleh seorang recruiter di LinkedIn, Bruce Hurwitz dia mengatakan yang wanita tidak seharusnya memakai cincin pertunangan sewaktu temuduga kerja kerana ia memberikan mesej bahawa calon itu seorang "high-maintenance." Sabar, dengar dahulu kesemua penjelasan dengan terperinci. Berikut adalah apa yang telah Hurwitz tuliskan di profile LinkedIn:

 

"A colleague interviewed a woman.  I was not present during the interview.  When they left the conference room the woman asked my colleague, "You know, I have had a number of interviews and no offers.  Did you find anything wrong with my interviewing skills?"  My colleague assured her that she had not. Even though I had not been introduced to her, and despite the fact that, at that moment, I was alone with five women all of whom were wearing engagement rings, I said, "Lose the rock!"Everyone looked at me.  The woman had the Hope Diamond on her finger.  She, and my colleagues, asked for an explanation."When a man sees that ring he immediately assumes you are high maintenance.  When the woman at the office who has the largest diamond on her finger, sees that ring, she will realize that if you are hired she will fall to second place and will, therefore, not like you.  Lose the ring!"

 

Mengikut post ini, ianya menjelaskan satu situasi di mana ramai calon temuduga yang menerima berderet-deret panggilan temuduga tetapi tiada satu pun tawaran kerja yang dia dapat. Calon tersebut tiada masalah dari segi kemahiran temuduga dan semuanya nampak okay. Apabila diperhatikan, kesemua calon wanita yang berada dalam bilik itu memakai cincin pertunangan dan ada yang memakai cincin dengan batu yang besar. Apabila penemuduga lelaki melihat cincin itu, terus dia akan anggap yang wanita itu seorang high-maintenance.

 

Adakah ianya kedengaran sexist?

Kedengaran macam tak masuk akal dan terlampau lah gender bias kan? Tetapi ianya bukan hanya pada persepsi recruiter lelaki, malah wanita juga tidak suka melihat cincin dengan batu yang besar seketul atas jari. Kerana lumrah bagi wanita, akan terbit perasaan mahu bersaing dan jealous. Jadi jangan tanya lagi mengapa wanita tidak seharusnya memakai cincin pertunangan sewaktu temuduga. 

Tambahan sebab juga adalah kerana ianya menunjukkan yang calon itu ada komitmen emosi dengan pasangan dan justeru tidak memegang status "single". Memang sexual harrassment ini adalah satu isu yang perlu difikirkan juga, jadi isu ini juga perlu diteliti dengan jelas. 

 

Pemakaian cincin tidak mendorong kejayaan sesuatu temuduga

Okay, ianya memang kedengaran agak sexist dan tidak masuk akal. Ada apa dengan pemakaian cincin pertunangan dengan kejayaan mendapatkan kerja? Jika ada recruiter yang beranggapan sebegini sama, memang dia adalah seorang yang outdated dan terlalu lah sexist. Gender bias amatlah salah dan tidak bermoral untuk dipraktiskan dalam tempat kerja. Jangan ada pemikiran yang "men do it better than woman" atau apa-apa yang berkaitan. 

Ianya adalah hak buat individu untuk memakai cincin pertunangan ke, kahwin ke mahupun jika diberi oleh pasangan. Terserah pada individu untuk pakai atau tidak. Company yang mengambil calon pekerja dengan menapis mereka yang memakai cincin adalah ternyata salah! Korang mungkin tak nak bekerja di syarikat yang mengamalkan nilai sebegini.