Kisah Bagaimana Orang Kerja 'Makan Komisyen' Ini Boleh Jadi Jutawan Hartanah Sebelum 30 Tahun
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Kisah Bagaimana Orang Kerja 'Makan Komisyen' Ini Boleh Jadi Jutawan Hartanah Sebelum 30 Tahun

post by Izuan

by Izuan

Aug 27, 2021
pada 7:27 AM

Kisah Bagaimana Orang Kerja 'Makan Komisyen' Ini Boleh Jadi Jutawan Hartanah Sebelum 30 Tahun

Satu-satunya perkara yang menentukan hala tuju hidup kita merupakan kerjaya kita, disinilah tempat dimana kita membina empayar dan imej diri. Ia bergantung pada individu tersebut untuk bekerja di zon selesa atau melakukan sesuatu kelainan dalam diri untuk jadi semakin maju.

Seperti kisah inspirasi graduan Kejuruteraan Persian ini, beliau sanggup terima tawaran kerja RM 600 berbanding dengan RM 1500 demi mengasah kemahiran, kemudian 'downgrade' kan diri lagi kepada kerja sales yang hanya 'makan komisyen'

Atas kecekalan dirinya untuk menimba ilmu dan kemahiran, Faizul Ridzuan kini merupakan jutawan hartanah yang disanjungi oleh golongan-golongan dalam industri ini. Ekoran dengan pahit getir yang telah dialami, beliau kongsikan kepada kita rahsia bagaimana jika ingin berjaya dalam kerja.

Faizul Ridzuan, 36 Tahun, Graduan UM

Hai nama saya Faizul Ridzuan, umur saya 36 tahun. Saya graduan dari bidang Kejuruteraan Perisian di Universiti Malaya (UM), universiti tempatan, saya buat Ijazah dan Metrikulasi selama 4 tahun setengah, lepas graduasi ketika itu tahun 2003 - 2004. Peluang kerja tak banyak, graduan IT sangat ramai.

Sanggup Tolak Kerja Mara RM 1,500 & Pilih Kerja Programmer RM 600

Kerja pertama saya pilih ketika itu gaji RM 600, walaupun dapat dua tawaran, satu RM 1500 dengan mara, satu lagi RM 600. Saya pilih kerja gaji programmer RM 600 sebab saya nak belajar 'Programming Languages'. Kita tambah ilmu dulu dan duit akan datang kemudian. Jadi, saya berhenti kerja yang berbekalkan ijazah dari UM, saya kerja jual kad kredit di tepi jalan., semata-mata untuk belajar Sales, gaji kosong 100% komisyen.

Berhenti & Kerja Sales Yang Hanya 'Makan Komisyen'

Bagi saya saat paling bermakna atau keputusan yang saya pernah buat dalam kerjaya itu bila saya lompat kerjaya sebagai seorang programmer kepada seorang penjual kad kredit ditepi jalan. Bila kita jual kad kredit di tepi jalan ini tiada istilah 'keistimewaan' mengikut kaum. Tiada! ' Kau handal kau akan dapat sales' 'Kalau tak pandai memang kau akan makan pasir bulan itu' 

Begitu sukar dan perlu bijak untuk bertahan dalam hidup, kat dunia ini orang takkan beri benda kat kita melainkan kita usaha keras, untuk dapatkan apa yang kita nak. kerja hari-hari bercakap menjual, skill kominukasi saya naik mencanak! Memang bagus, English daripada sekerat sahaja, jadi semakin lancar sebab bos saya orang Singaporean yang belajar di US. Jadi, bahasa Inggeris saya semakin lancar.

Demi Mendapatkan Skill

Disebabkan skill komunikasi saya meningkat dengan jayanya, semenjak dari jual kad kredit itu, saya tak pernah gagal apa-apa interview, masuk interview kerja mana-mana pun semua akan beri tawaran kerja dan semua akan beri tawaran yang bagus. Alhamdulillah dari gaji RM 3,500, mereka sanggup bayar gaji RM 8,000 sebab jarang nampak 'skill set' .

Budak muda yang boleh buat Sales dan penguasaan Bahasa Inggeris yang bagus, bagi saya benda ini penting. Dan hari ini saya telah pun bercakap berhadapan dengan ribuan orang setiap tahun.], mengajar ilmu hartanah. Student saya dari Melayu, Cina, India, Jepun, Australia datang dari merata tempat untuk belajar.

Tak Sampai 30 Tahun, Memiliki 23 Buah Hartanah 

Jadi bila fikir balik, apa hasil yang saya dapat hari ini, kalau saya tak lompat dari buang ijazah komputer saya untuk buat jualan, saya mungkin tak dapat apa yang saya ada hari ini. Dari gaji RM 3,000 rumah dah ada 3 biji, gaji dah bertambah beli lagi banyak, tak sampai umur 30 tahun, saya dah ada lebih kurang 23 buah hartanah yang saya beli dan ada orang cakap cerita saya ini sangat menarik.

Saya tulis buku dan buku itu dilancarkan ketika saya berumur 31 tahun dan syukur hari ini telah terjual lebih dari 65,000 naskah versi bahasa melayu dan inggeris. Kalau boleh saya nak orang ada pilihan, dia boleh bekerja kalau dia nak sebab dia suka dengan kerja itu, bukan sebab walaupun benci bos aku, aku benci kerja ini, tapi aku tak ada pilihan sebab aku nak bayar bil.  Sesuatu yang teruk bila kita bekerja dengan ekrja yang kita sendiri tak suka.

" 2 Rahsia Untuk Saya Kongsi"

Fokus kepada ilmu dan pengalaman dulu, sebab masa kini jika pengalaman kita kosong sukar untuk kita ditawarkan kerja di sesebuah organisasi dan syarikat akan buang masa yang banyak untuk melatih unuk menjadi industri punya standard. Sekarang untuk bergerak dari gaji RM 3,000 - RM 4,000 untuk gaji lebih dari RM 10,000, saya ada 2 rahsia untuk saya kongsi. 

Yang pertama ialah 'Flexibility' untuk kita buat benda yang kita tak biasa dan kita cuba buat

Yang kedua paling penting sekali adalah 'attitude', ini rahsia yang saya ajar kepada semua pekerja, bos cukup takut hilang 'star employee', sangat-sangat takut, terutamanya orang yang tak perlu disuruh pun dia akan buat kerja.

"Fokus Kepada Ilmu, Pengalaman"

Dan sentiasa kena ingat bahawa 3 tahun pertama itu sebenarnya adalah tahun untuk belajar, anda tidak tahu bidang apa yang anda harus pergi, pengalaman untuk apa, industri paling banyak dekat mana? Atau kerja apa yang kita nak buat, cari pengalaman dan kenalan, gaji itu tak penting untuk 3 tahun pertama, cukup-cukup makan pun  memadai. Yang penting cari pengalaman dan cari ilmu.

Terakhir sekali, tolonglah perbaiki bahasa Inggeris, itu akan menentukan kerjaya anda seperti mana 

Video