4 Port Terbaik Untuk Korang Tengok 'Firework' Di KL Malam Tahun Baru Tanpa Perlu Bersesak
# Gaya Hidup # Trending Semasa

4 Port Terbaik Untuk Korang Tengok 'Firework' Di KL Malam Tahun Baru Tanpa Perlu Bersesak

post by Izuan

by Izuan

Dec 28, 2017
pada 10:41 AM

Mungkin sampai sekarang ada antara korang yang masih buntu untuk menyambut malam tahun baru bersama rakan-rakan kan? Mana taknya, siapa sahaja lah yang sanggup nak bersesak-sesak dengan orang ramai semata-mata nak tengok pertunjukan bunga api di tengah-tengah bandar KL tu.

Jadi, kami ada cadangan terbaik untuk korang, apa kata pergi ke lokasi-lokasi ini dimana ianya begitu strategik untuk korang raikan tahun baru. Dapat 'view' yang cantik untuk korang rakam kan detik indah ini.

1. Changkat Semantan

Biarpun tempat ini jauh dari tengah bandar, korang takkan tersekat dengan halangan trafik dan manusia yang berpusu-pusu di sepanjang jalan. Korang boleh tengok dari jauh dan 'view' akan jadi lebih cantik. Parking je kereta di tepi jalan tapi hati-hati tau!

KLIK DISNI UNTUK TAHU ARAH JALAN

2. Jalan Bukit Pantai

Kalau orang yang suka ikut 'jalan pintas' di kawasan Bangsar, pasti korang 'familiar' jalan ni. Untuk pengetahuan, disini juga tempat yang paling bagus untuk melihat keindahan bunga api pada malam tahun baru. Tapi pastikan beramai-ramai dan jangan menganggu laluan ataupun tetangga di kawasan tersebut. Kalau nak senang, korang boleh park di menara pantai.

KETAHUI ARAH JALAN DISINI

3.  Taman Tasik Titiwangsa

Kat sini pun nampak lawa, tapi agak mainstream lah sebab pasti akan ramai orang, cuma disini merupakan spot mudah untuk korang sampai awal berbanding dengan tengah bandar KL yang sentiasa sibuk tu. 

DAPATKAN ARAH JALAN DISINI

4. Jalan Wira, Maluri

Ini ada lagi spot paling bagus! Korang tak payah lah sampai nak ke Jalan Wira tu, sebab ianya kawasan perumahan. Korang boleh cari mana-mana kawasan 'playground' disitu. Lagi bagus kalau ada kawan-kawan yang tinggal di kawasan ini. Kira oklah kan dapat nikmati pertunjukan bunga api dari jauh. Kemudian baru korang boleh ke lokasi lepak yang seterusnya. Kiranya kesemua tempat ini kalau korang memangd ah betul-betul buat 'last minute plan'