Setiap kali bakal memasuki ke tahun baru, masing-masing sudah mengambil inisiatif awal untuk melihat tarikh cuti untuk tahun tersebut. Hal ini selalunya dilakukan oleh mereka yang bekerja dan mempunyai masa cuti yang terhad.


by Haziqah Muhamad
Setiap kali bakal memasuki ke tahun baru, masing-masing sudah mengambil inisiatif awal untuk melihat tarikh cuti untuk tahun tersebut. Hal ini selalunya dilakukan oleh mereka yang bekerja dan mempunyai masa cuti yang terhad.
Lagi awal korang rancang hari percutian, lagi mudah urusan dan lagi banyak duit boleh jimat! Bagi yang memilih untuk bercuti ke luar negara, korang boleh jimat kos untuk tiket penerbangan kerana tempahan tiket lebh awal adalah lebih murah!
Kalau dah nama pun bercuti, sudah semestinya korang memerlukan cuti yang panjang, kan? Tapi, cukup ke dengan cuti tahunan yang ada? Haa, kalau korang ikut cadangan ini, korang cuma menggunakan 10 hari saja cuti tahunan tetapi boleh menikmati cuti panjang!

JANUARI 2018
1 Januari 2018 (Isnin)
Cuti Tahun Baru
Cadangan bercuti: 30 Disember 2017 - 1 Januari 2018
Tempoh bercuti: 3 hari
31 Januari 2018 (Rabu)
Cuti Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor
Cadangan bercuti: 31 Januari 2018 - 4 Februari 2018
Tempoh bercuti: 5 hari
FEBRUARI 2018
1 Februari 2018 (Khamis)
Hari Wilayah
Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
Cadangan bercuti: 31 Januari 2018 - 4 Februari 2018
Tempoh bercuti: 5 hari
16 Februari 2018 (Jumaat)
Tahun Baru Cina
Cadangan bercuti: 16-18 Februari 2018
Tempoh bercuti: 3 hari
MEI 2018
1 Mei 2018 (Selasa)
Hari Pekerja
Cadangan bercuti: 28 April 2018 - 1 Mei 2018
Tempoh bercuti: 4 hari
29 Mei 2018 (Selasa)
Hari Wesak
Cadangan bercuti: 26-29 Mei 2018
Tempoh bercuti: 4 hari
JUN 2018
15 Jun 2018 (Jumaat)
Hari Raya Puasa
Cadangan bercuti: 15-17 Jun 2018
Tempoh bercuti: 3 hari
OGOS 2018
22 Ogos 2018 (Rabu)
Hari Raya Haji
Cadangan bercuti: 22-26 Ogos 2018
Tempoh bercuti: 5 hari
31 Ogos 2018 (Jumaat)
Hari Kebangsaan
Cadangan bercuti: 31 Ogos 2018 - 2 September 2018
Tempoh bercuti: 3 hari
SEPTEMBER 2018
11 September 2018 (Selasa)
Awal Muharram
Cadangan bercuti: 8-11 September 2018
Tempoh bercuti: 4 hari
16 September 2018 (Ahad)
17 September 2018 (Isnin)
Hari Malaysia
Cadangan bercuti: 15-17 September 2018
Tempoh bercuti: 3 hari
NOVEMBER 2018
6 November 2018 (Selasa)
Deepavali
Cadangan bercuti: 3-6 November 2018
Tempoh bercuti: 4 hari
20 November 2018 (Selasa)
Maulidur Rasul
Cadangan bercuti: 17-20 November 2018
Tempoh bercuti: 4 hari
DISEMBER 2018
25 Disember 2018 (Selasa)
Krismas
Cadangan bercuti: 22-25 Disember 2018
Tempoh bercuti: 4 hari