''Kalau Gaji RM2,000, Bekerjalah Seperti Dibayar RM3,000.''-Ikuti Kisah Wanita Berjaya Ini
# Pengetahuan Pekerja

''Kalau Gaji RM2,000, Bekerjalah Seperti Dibayar RM3,000.''-Ikuti Kisah Wanita Berjaya Ini

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 1, 2018
pada 1:36 AM

Zaman sekarang ni, bukan saja naik pangkat, nak dapat kerja sebelum grad pun memang payah sangat. Nak-nak pulak fresh grad ni memang tiada pengalaman kerja. Lagilah peluang untuk dapatkan kerja tu sangat tipis. 

Berbeza dengan apa yang dialami oleh wanita ini, rezekinya ibarat mencurah-curah apabila berjaya memperoleh kerja sebelum grad, menjadi pensyarah seawal umur 22 tahun dan dinaikkan pangkat hampir setiap tahun. Wow! Hebatnya! 

Disebabkan ramai yang mintak tips daripadanya, akhirnya wanita ini tampil dan kongsi 5 tips yang dilakukannya untuk dapat kerja cepat dan kerap dimurahkan rezeki naik pangkat. Yang penting, dia tak guna 'cable' tau!

Build Relationship With Your Superior

1. Build relationship with your superior. Kalau nampak mereka lunch seorang diri, offerlah diri untuk menjadi peneman di meja makan. Bukan nak mengampu ke apa, tetapi cubalah memahami boss sebagai seorang individu biasa juga. Berceritalah mengenai keluarga, hobi, resepi, tempat shopping yang best (kalau boss perempuan) dan sebagainya. Mesti boss korang akan appreciate kaw-kaw. Lama kelamaan akan menjadi senang saja nak berbual dengan boss. Rapatkan jurang itu penting. InshaAllah lama kelamaan jurang position korang dengan dia pun akan rapat juga.

Cuba Selesaikan Masalah Company

2. Cuba selesaikan masalah company walaupun boss tak minta korang settlekan problem pun. Okay, trick yang ini susah sikit kalau korang tak ada pengalaman bekerja. Bagi saya, pengalaman tiga tahun bekerja di syarikat kecil sebelum ini banyak membantu. Maklumlah saya tapau semua kerja di situ, dari HR, Finance, Admin sampai ke maintenance pun saya boleh buat. Jaadi, training ground itu penting. Jangan baru graduate dah mengada-ngada nak kerja dengan syarikat besar-besar. Biasanya di tempat besar-besar ini mereka tak bagi peluang untuk buat silap. Apatah lagi nak trial and eeror dengan idea-idea korang yang belum ada pengalaman kerja. Macam mana pula nak berkongsi idea dengan boss? Di sinilah pentingnya tips di atas itu. Kena build relationship dengan bos dulu.

Laburlah Dalam Pendidikan Dan Self-Upgrading

3. Jangan malas dan kedekut untuk melabur dalam pendidikan dan self-upgrading. Tahun kedua saya bekerja, saya sambung belajar master secara part time selama 5 tahun. Boleh saja sebenarnya nak menyelesaikan semuanya dalam 3 tahun. Tetapi apakan daya kena ambil subjek sikit-sikit sebab saya bayar yuran guna Akaun 2 EPF. Baru kerja kan, jadi Akaun 2 pun ngam-ngam sangat. Saya rasa dengan qualification Master inilah syarikat yakin untuk menaikkan pangkat saya lagi. Cabaran kerja sambil belajar ini memang benar-benar menguji ketabahan. Ramai juga classmate kelas MBA yang berhenti di tengah jalan. Jadi kena stay strong dan focused. Sambung belajar sementara masih muda dan bujang, sangat membantu.

Work Smart

4. Work smart. Kalau nak diikutkan, saya suka ambil jalan shortcut kalau bekerja. As long as outcome betul, saya akan sentiasa mencari jalan singkat untuk membolehkan kerja lebih cepat siap, tetapi tetap accurate. Ini sebenarnya kelebihan orang malas (memang saya malas tahap gaban sebenarnya). Mereka akan lebih fokus sebab tak nak buat kerja berulang-ulang. Kalau boleh semua benda nak cipta template dan dijadikan automated. Biar senang hidup selepas ini. Dari fail manual guna tracking MS Excel, saya pindahkan data company ke platform lain yang lebih automated dan user-friendly. Di sinilah pentingnya self-upgrading di atas itu. In the same time kita tolong settlekan masalah syarikat.

Letak Diri Lebih Tinggi Dari Keududukan Sekarang

5. Sentiasa letak diri kita lebih tinggi dari kedudukan sekarang. Kalau pangkat korang Junior Executive, cubalah fahami kerja dan requirement seorang Senior Executive. Apa yang kurang dalam diri, cubalah perbaiki sampailah setanding dan sesuai untuk boss tuai korang dan dinaikkan ke pangkat Senior Executive.

Memang benar kita dibayar gaji untuk bekerja tetapi jangan letak amaun gaji itu sebagai tanda pengukur usaha kita. Kalau kita dibayar RM2,000, bekerjalah seperti kita dibayar RM3,000. InshaAllah boss kita akan upkan gaji setanding dengan usaha kita yang lebih itu. Bagi saya, ini trick yang paling penting sebab point inilah pencetus usaha. Nescaya bos korang akan rasa bersalah sendiri kalau tak naikkan jawatan korang.

Okaylah itu saja yang saya nak kongsi. Doakan saya lebih maju jaya. Awal tahun ini boss ada tanya saya, “How high do you wanna go in this company?”

Dengan pantas saya jawab, “As high as you will let me be,”.

Ingat, kita berusaha, tetapi Allah yang menentukan dengan asbab boss kita juga yang naikkan gaji dan pangkat. Sekian.