Sudah menjadi tabiat bagi sesetengah individu untuk mempercayai bulat-bulat sesuatu perkara itu tanpa menyelidikinya terlebih dahulu. Mesti korang pernah dengar nasihat seperti, ''Tukar ke gear 'N' masa turun bukit sebab jimat minyak.'' Kan?


by Haziqah Muhamad
Sudah menjadi tabiat bagi sesetengah individu untuk mempercayai bulat-bulat sesuatu perkara itu tanpa menyelidikinya terlebih dahulu. Mesti korang pernah dengar nasihat seperti, ''Tukar ke gear 'N' masa turun bukit sebab jimat minyak.'' Kan?
Tanpa usul periksa, korang pun percaya. Padahal itulah salah satu perkara yang perlu dielakkan oleh pemandu semasa memandu kereta jenis auto.
Ada 5 perkara yang sering dilakukan oleh pemandu kereta auto tanpa mereka menyedarinya dan kesilapan itu terungkai setelah gear kereta mereka rosak dan perlu dibaiki dengan belanja yang agak tinggi. Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ketahui 5 perkara yang boleh merosakkan gear auto kereta korang.
Mesti ramai yang buat acam ni, kan? Kononnya bila tukar gear ke 'N' boleh jimatkan minyak kereta. Tetapi, tahukah anda cara itu boleh memburukkan kondisi transmisi kenderaan, terutama apabila anda tiba-tiba memasukkan gear ketika kereta sedang bergerak laju?
Di beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS), tabiat tersebut dianggap sebagai kesalahan dan boleh dikompaun kerana boleh mengundang bahaya. Ini kerana memandu dalam gear N ketika menuruni bukit membuatkan anda perlu bergantung sepenuhnya kepada sistem brek selain menghilangkan fokus kawalan ke atas pengendalian kereta.
Haa yang ni pun ramai yang buat juga, kan? Setiap kali menukar gear, pengapit gelung transmisi (transmission band clamp) akan berada pada gear, tetapi jika korang tidak berhenti sepenuhnya, gelung transmisi itu sendiri yang berfungsi menghentikan kereta korang. Biasakan diri membrek dan menghentikan kereta betul-betul sebelum bergerak daripada D kepada Ra atau R kepada D.
Korang sepatutnya biar saja kereta dalam D. Letakkan satu kaki pada brek, manakala satu kaki lagi memijak pedal minyak. Angkat kaki daripada brek untuk menikmati lonjakan pecutan yang korang mahukan.
Selain cuba menjimatkan minyak, ramai pemandu percaya cara itu - letak posisi N setiap kali berhenti (DIULANGI: setiap kali) - boleh mengurangkan tekanan ke atas transmisi. Faktanya, salah!
Ini kerana enjin cenderung melahu lebih tinggi dalam posisi N berbanding D. Malah berpotensi menyebabkan masalah gelincir pada plat klac (melalui proses D-N-D), sekali gus menghauskan bahagian mekanikal tersebut.
Cara begini juga tidak menunjukkan perbezaan penjimatan bahan api yang ketara. Jika betul-betul mahu jimat minyak, caranya ialah mematikan terus kenderaan anda di lampu isyarat.
Anda sebenarnya tidak perlu pun menukar N setiap kali (DIULANGI: setiap kali) berhenti di lampu isyarat - atau ketika kesesakan - kerana proses anjakan D-N-D yang kerap itu boleh menyebabkan transmisi haus. Malah, berhenti dalam D, dengan membrek secara normal tanpa memijak pedal minyak tidak merosakkan transmisi seperti yang anda sangkakan.
Sebenarnya, meletakkan kereta sebelum berhenti boleh menyebabkan tuas parkir bertindak seakan brek dan boleh memusnahkan semua proses. Jadi sila beri perhatian tentang bagaimana menukar gear dengan betul. Ada cara yang lebih baik untuk anda menghentikan kenderaan sekiranya pedal minyak tersekat - atau dalam kecemasan.