''How To Give Scammers A Mini Heart Attack!'' Respons Wanita Ini Pasti Buatkan Korang Tergelak!


by Haziqah Muhamad
''How To Give Scammers A Mini Heart Attack!'' Respons Wanita Ini Pasti Buatkan Korang Tergelak!
Nama 'scammers' tidak asing lagi pada pendengaran halwa telinga setiap individu sekarang ni. Bila sebut saja scam, ramai yang sudah sedia maklum bahawa itu adalah satu penipuan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan dengan cara menipu.
Baru-baru ini di Twitter, seorang wanita berkongsikan pengalamannya hampir ditipu oleh scammer. Kononnya pemilik akaun Twitter @sha_bcgimao itu telah memenangi wang berjumlah P550,000 dan sebuah laptop daripada syarikat Consuelo.
Sedar dirinya sedang berhadapan dengan scammer, wanita ini cuba 'mempermainkan' balik scammer tersebut. Shaina membalas mesej berkenaan dengan menyatakan bahawa beliau telah berjaya melanggan pesanan ringkas dan akan dikenakan bayaran 50 Peso untuk langganan tersebut.

Scammer berkenaan membalas ‘Cancel’ untuk menamatkan langganan berulang kali, namun Shaina membalas ia adalah kod yang salah. Nampaknya scammer tersebut sudah 'terkena!'

Gelak gelak jugak, Kerja kene cari jugak okay! Ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang! Kalau dah dapat kerja, barulah tak senang kene scam, eh tiberr!