Semua Bayi Baru Lahir 2018 Bakal Menerima RM 200, Ini Cara Mendapatkannya
# Trending Semasa

Semua Bayi Baru Lahir 2018 Bakal Menerima RM 200, Ini Cara Mendapatkannya

post by Izuan

by Izuan

Jan 2, 2018
pada 3:27 AM

Sumber Foto : Kosmo

Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) telah dilaksanakan bermula 1 Januari 2018 . Melalui ADAM50, semua bayi warganegara Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan menerima unit insentif percuma sebanyak 200 unit.

Ia akan dikreditkan secara automatik selepas proses pendaftaran dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga mereka ke dalam tabung unit amanah kendalian Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh PNB.

Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)

Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) ini merupakan simpanan permulaan  yang dikhaskan bagi semua anak Malaysia seperti diumumkan dalam Bajet 2018 yang lalu. Ia bertujuan untuk menerapkan budaya menyimpan dan melabur seawal usia dengan pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan. Bagaimanapun ia bukan berbentuk wang tunai, tetapi merupakan unit amanah ASB bagi Bumiputera atau AS1M bagi bukan Bumiputera)

Syarat Kelayakan

  • Berstatus warganegara Malaysia
  • Salah seorang ibu atau bapa mestilah warganegara Malaysia
  • Ibu bapa / penjaga berumur 18 tahun ke atas
  • Peserta / penjaga berdaftar tidak diiystihar muflis sepanjang tempoh pelaburan
  • Bayi lahir pada atau selepas 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022
  • Didaftarkan dalam tempoh setahun daripada tarikh kelahiran bayi
  • Pendaftaran yang dilakukan oleh individu selain penjaga memerlukan dokumen sokongan seperti surat pertalian darah atau perintah mahkamah.

Cara Mohon

Ibu bapa atau penjaga berdaftar boleh datang ke Cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB di seluruh negara:

  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • CIMB
  • CIMB Islamic
  • RHB
  • RHB Islamic
  • Pos Malaysia
  • Affin Bank
  • AmBank
  • AmBank Islamic

Lampirkan Dokumen-Dokumen Berikut :

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad) ibu/bapa/penjaga berdaftar
  • Dokumen pengenalan diri (MyKid) bayi atau Sijil Kelahiran (sekiranya MyKid masih belum diterima)
  • Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi

Konsepnya sama sahaja seperti akaun pelaburan ASB, boleh tambah wang dari semasa ke semasa. Boleh pergi ke kaunter mahupun secara online, Kalau nak buat potongan gaji pun boleh. Namun, had maksimum akaun ADAM50 adalah 50,000 ataupun RM 50,000

Artikel Berkaitan : Sekarang Ini Urusan ASNB Dah Tak Payah Pakai Buku, Disini Boleh Daftar Online

Boleh Keluarkan Jadi Wang Tunai?

Perlu diingatkan bahawa RM 200 insentif ini hanya boleh dikeluarkan apabila pemilik akaun (anak anda) mencapai 18 tahun. Melainkan, kalau ada sebarang penambahan sendiri yang ibu bapa masukkan ke dalam ADAM50 ini.

Bila-bila masa sahaja, akaun ini akan bertukar secara automatik sebagai Akaun Dewasa apabila anak menjangkau umur 18 tahun. Untuk ketahui maklumat lanjut boleh semak disini