Kini Majikan Sudah Boleh Dapatkan Pembantu Rumah Dengan Cepat Secara Online Di Sini!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Kini Majikan Sudah Boleh Dapatkan Pembantu Rumah Dengan Cepat Secara Online Di Sini!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 3, 2018
pada 2:41 AM

Melihatkan dengan pelbagai kes yang melibatkan pembantu rumah sekarang ni, ramai yang mula ragu-ragu dan tidak yakin untuk mengambil pembantu rumah terutamanya daripada warganegara asing. Terlalu banyak kes yang melibatkan pembantu rumah asing seperti lari dengan teman lelaki, merompak, bawa lari anak majikan dan sebagainya sehinggakan ada sesetengah golongan wanita yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga anak ataupun orang tua yang memerlukan jagaan rapi.

Mendengarkan permasalahan ini, dalam Bajet 2018 yang lalu, kerajaan ini membenarkan majikan untuk memohon Pembantu Rumah Asing (PRA) secara terus dalam talian dan ia sudahpun bermula pada 1 Januari 2018 yang lalu.

Permohonan PRA ini boleh dibuat secara dalam talian melalui portal https://maid-online.imi.gov.my. Program ini hanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk Sabah dan Sarawak.​

Majikan boleh mengemukan permohanan Pembantu Rumah Asing daripada sembilan buah negara sumber seperti yang telah ditetapkan iaitu warganegara Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Thailand, India, Laos, Nepal, Vietnam dan Kemboja.

 

Antara syarat-syarat kelayakan Majikan adalah:

a) Majikan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia sahaja

b) Majikan mestilah terdiri daripada suami dan isteri yang mempunyai:

  i) Anak berumur di bawah usia 15 tahun (yang memerlukan jagaan dan perhatian)

  ii) Anak kelainan upaya (tiada had umur)

  iii) Majikan/ isteri majikan yang sakit/ uzur

  iv) Ibu bapa yang uzur/ sakit; atau

  v) Ahli keluarga terdekat yang uzur/ sakit (adik beradik, datuk atau nenek sahaja)

 

Berminat untuk memohon? Terus saja layari https://maid-online.imi.gov.my/maid/main.