Ini Kesalahan Ayat English Yang Ramai Tak Sedar
# Pengetahuan Pekerja

Ini Kesalahan Ayat English Yang Ramai Tak Sedar

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 26, 2021
pada 7:21 AM

Ini Kesalahan Ayat English Yang Ramai Tak Sedar

Di Malaysia, dengan penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India, sudah tentulah pelbagai bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi. Campuran bahasa ini dikenali sebagai 'bahasa pasar.' 

Kadang kala, disebabkan penggunaan bahasa pasar yang terlalu kerap menjadi punca kepada berlakunya kesalahan ayat tanpa sedar. Ini antara 5 kesalahan ayat yang sering kita dengar orang ramai gunakan tetapi sering dianggap betul. Lepas dah tahu ni, bolehlah tukar segera ya. 

(Salah) Please stop your car along the road

(Betul) Please pull over (the road)

Keterangan: 'Please stop...' bermaksud arahan seolah-olah pemandu terus kena berhentikan kereta serta-merta. Walhal si pemberi arahan suruh untuk berhentikan kereta ke tepi

 

(Salah) I can't find her

(Betul) I can't get hold of her

Keterangan: Ayat 'I can't find her'  membawa maksud seolah-olah individu yang dicari hilang.

 

(Salah) Sorry. I can't leave tomorrow

(Betul) Sorry. I'm occupied all day tomorrow

Keterangan: Ia seolah-olah memberitahu bahawa anda tidak boleh meninggalkan tempat tersebut. Walhal anda ingin menjelaskan yang anda sangat sibuk dan tidak mempunyai masa lapang.

 

(Salah) I'll send you there

(Betul) I'll see you off / I'll walk you out

Keterangan: Penggunaan 'send' lebih sesuai digunakan untuk barang dan tidak sesuai digunakan untuk orang.

 

(Salah) Let's drink Starbucks

(Betul) Let's do Starbucks / Let's have Starbucks

Keterangan:  Penggunaan 'do' lebih sesuai memandangkan ia sepatutnya digunakan untuk perbuatan meraikan bersama-sama.