Rasa 'Inspired' Sangat Tengok Progress 6 Bulan Perubahan Berat Badan Satu Keluarga Ini
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Rasa 'Inspired' Sangat Tengok Progress 6 Bulan Perubahan Berat Badan Satu Keluarga Ini

post by Izuan

by Izuan

Jan 3, 2018
pada 5:43 AM

Menurunkan berat badan ini merupakan satu perkara yang amat sukar, dimana mental kita akan diuji habis-habisan untuk mengekalkan momentum bagi mendapatkan perubahan fizikal. Namun, apabila melihat hasilnya kelak, ia sangat memberangsangkan!

Begitulah yang terjadi pada seorang jurufoto dari China Jesse 32 tahun ini, dia berazam untuk menurunkan berat badan bersama keluarganya. Atas sokongan dan dorongan semasa sendiri, transformasi selama 6 bulan itu ternyata membuahkan hasil! Gambar sebelum dan selepas memang 'unbelievable'!

Bagaimana Tercetusnya Idea Ini?

Semuanya bermula apabila ibu kepada Jesse, membuat keputusan untuk menginap di rumahnya bagi membantu isteri Jesse yang bakal memulakan hidup sebagai seorang ibu buat kali pertama. Dengan kesempatan ini, Jesse mengajak ayahnya sekali untuk  menguatkan ikatan kekeluargaan mereka.

Melihat keadaan diri dan ayahnya perut membesar ekoran dengan pegambilan alkohol berlebihan, mula terdedik di fikiran Jesse untuk mengadakan satu program penurunan berat badan agar dapat mengembalikan semangatnya untuk hidup.

Progress Mereka Sekeluarga Menurunkan Berat Badan

Pada mulanya, mereka mula berjalan cepat yang secara beransur-ansur menjadi joging. Kemudian mereka menambah latihan lebih banyak sehingga  mula pergi ke gym. Di samping itu, mereka akan mengesan hasilnya, ia menurun setiap 10 hari!

Pada mulanya mereka hanya merancang untuk menjalani program ini hanya dari 10 Mac hingga 30 September sahaja, namun ia kini  menjadi gcara mereka sekeluarga memandangkan gaya hidup sihat ini sudah sebati dalam hidup . Namun, kata Jesse, yang paling penting, hasil yang paling memuaskan adalah melihat ayahnya menjadi seorang yang yakin

Sebelum Vs Selepas