Bekas Pembantu Rumah Ini Menang Saman Majikan 'Binatang' USD 100,000
# Trending Semasa

Bekas Pembantu Rumah Ini Menang Saman Majikan 'Binatang' USD 100,000

post by Izuan

by Izuan

Jan 3, 2018
pada 9:28 AM

Bekas pekerja domesik dari Indonesia boleh menuntut lebih daripada $ 100,000 ( RM 400,000) akibat kerosakan anggota badan ekoran dengan didera oleh majikan sepanjang tujuan bulan bekerkhidmat di sebuah kediaman di Hong Kong.

Hakim Mahkamah, Winnie Tsui Wan-wah memberikan tuntutan sivil pada 21 Disember kepada Erwiana Sulistyaningsih, yang menderita dari "perbuatan tidak berperikemanusiaan, dan penghinaan" bekas majikannya antara Mei 2013 hingga Januari 2014.

Erwiana Sulistyaningsih

Dipukul, ditelanjangkan dan dihadapan kipas seharian ketika musim salji

Menurutnya, majikan Law Wan-tung ada memasukkan batang vakum kedalam mulutnya. Dia pernah dilucutkan pakaian dan disimbah air sambil ditala kipas angin serta dibiarkan seharian ketika musim salji. Malah, dia kerap kali dipukul menggunakan objek-objek seperti penyangkut baju, pembaris dan rotan.

" Terima kasih kepada semua yang menyokong saya. Saya percaya bahawa masih ramai lagi warga Hong Kong yang baik-baik, " - Erwiana

"Apa yang defendan lakukan terhadap plaintif selama tujuh bulan itu bukan hanya untuk menimbulkan kesakitan fizikal. Tindakan defendan itu adalah untuk 'mengajan' kepada plaintif bahawa dia (Erwiana) , bertaraf lebih rendah dan mesti melakukan seperti yang diperintahkan. Ini adalah membawa penghinaan, kesusahan dan kehilangan maruah manusia. "

Majikan diarah membayar pampasan RM 414,889 & Penjara 6 tahun

Tanpa rayuan pada keputusan baru-baru ini,  Law Wan-tung harus membayar tuntutan bekas pembantunya sebanyak $ 809,430 dolar Hong Kong (RM 414,889.76). Mahkama juga telah menetapkan hukuman penjara selama 6 tahun pada 6 Februari 2015 diatas 18 kes jenayah lain yng melibatkan keganasan terhadap tenaga buruh. 

Selain Erwiana, pesalah juga pernah ada kes dera pembantu lain yang bernama Tutik Lestari Ningsih.

Makin pulih, tapi parut tak boleh hilang - Erwiana

 Menurut sumber, Erwiana dikatakan trauma dan mengalami kemurungan selepas perbicangan tersebut selesai. 

"Saya benci dengan bekas majikan saya. Diri saya semakin pulih, tapi kesan parut takkan boleh hilang"

Erwiana yang kini melanjutkan pengajiannya di sebuah Universiti di negara asalnya itu berharap agar kisahnya memberikan inspirasi kepada mangsa-mangsa penderaan yang lain untuk lantang dan berani menuntut hak sebagai manusia.