Isu tentang 'tersalah' pilih course sudah tidak asing lagi terutama bagi mereka yang bergelar graduan. Selain peluang kerja yang agak terhad, minat terhadap sesuatu kerja adalah antara faktor yang menyebabkan ramai graduan memilih untuk bekerja di luar bidang pengajian masing-masing. Disebabkan itu, ramai yang teruskan pengajian hingga graduate kerana tidak berani untuk tukar pengajian yang mereka minati.

