Pernah Kerjasama Dengan Persekutuan Muslim Korea, Ini Penjelasan Tercetusnya Kontroversi Halal Samyang
# Trending Semasa

Pernah Kerjasama Dengan Persekutuan Muslim Korea, Ini Penjelasan Tercetusnya Kontroversi Halal Samyang

post by Izuan

by Izuan

Jan 7, 2018
pada 5:22 AM

Rasanya semua orang dah tahu trend Spricy Ramen  ni, mee segera dari korea yang pedas berapi tu. Banyak video-video yang kita dapat tonton di media soaial membuktikan bahawa kepedasannya yang tak terhingga, sehinggakan kami #TeamMaukerja sendiri ingin merasai makanan tersebut.

Namun begitu, pernah muncul spekulasi bahawa ramen tersebut tidak halal kerana berlaku kekeliruan terhadap 2 jenis produk mee tersebut. Isu menjadi semakin hangat apabila ada yang mengatakan produk yang halal itu hanyalah sekadar cap yang diletakkan di paket mee itu kerana kilangnya menggunakan mesin yang sama dengan produk yang tidak halal.

Susualan itu, muncul kekeliruan dimana orang ramai makin curiga dengan produk itu. Jadi, Lynda Lee seorang wanita yang pernah menetap di Korea menjelaskan BUKTI bahawa produk itu 100% halal!

 Jawab saya, kalau ada cop halal dari KMF, inshaAllah halal, sebab sebagai seorang yang pernah berkerjasama dengan KMF semasa menuntut di sana dahulu, saya yakin dengan status halal tersebut

Korea Muslim Federation (KMF) merupakan sebuah organisasi islam yang terletak di Korea, mereka lah yang akan memastikan bahawa makanan tersebut adalah halal. Bagimanapun, wujud pula spekulasi dimana mee segera itu di proses menggunkan bekas yang sama untuk memproses daging babi.

Ini jawapannya :

"Ramyeon 불닭볶음면 untuk diexport, mereka proses dari kilang berbeza, yang khas untuk produk export sahaja.. tu dapat sijil halal dari KMF."

Pihak Samyang maklumkan ia adalah berkenaan masalah packaging yang digunakan...mereka guna packaging lama. Mereka juga maklumkan, Edward Kim tersebut tiada apa apa kaitan antara KMF mahupun Samyang

Kesimpulannya Hot Chicken Flavor Ramen ADALAH HALAL DIMAKAN

Perbualan 'Merapu' Edward Kim dengan seorang wanita muslim yang viral sebelum ini

Sumber Foto : The Vocket