5 Cara Bagaimana Nak 'Tepis' Co-Worker Yang Sibuk Ajak Bergossip Bila Tengah Sibuk Kerja
# Pengetahuan Pekerja

5 Cara Bagaimana Nak 'Tepis' Co-Worker Yang Sibuk Ajak Bergossip Bila Tengah Sibuk Kerja

post by Izuan

by Izuan

Jan 9, 2018
pada 8:48 AM

Bila kita tengah sibuk bekerja, ada saja topik yang mahu diajak bergossip, kadang-kadang sampai menganggu kerja harian kita. Mustahil kalau kita nak abaikan masa dia tengah khusyuk bercakap, sebab fokus kita sudah semestinya akan terganggu.

Jangan disebabkan dia, reputasi professional kita juga turut terjejas akibat sikap negatif rakan sekerja lakukan tu, mungkin kita akan rasa seronok seketika tapi lama kelamaan ia boleh memberikan kesan buruk dalam jangka masa yang lama. Kita akan hilang kepercayaan malah kerja terganggu kerana ramai musuh.

Korang mesti tak nak dibenci disebabkan satu mulut yang tukang menjaja cerita orang kan? Sebagai langkah selamat, disini ada beberapa cara yang boleh diamalkan jika ada rakan sekerja yang ajak bergossip.

1. " Oh ye ke? Mungkin [Nama] ada masalah kot, sabarlah aku faham yang kau..."

Kalau co-worker sibuk 'complain' pasal orang lain,, cara paling baik adalah korang zahirkan rasa simpati pada mereka berdua kemudian. Move on! Jangan ditokok tambah lagi cerita supaya tak jadi batu api dalam hal mereka.

2. "Kenapa? Oh ya, apa cerita dengan [ topik yang lain selain gossip] kau?"

Ubah topik! Tanyalah khabar pasal hujung minggu, progress beli rumah kalau dia tengah beli rumah atau kereta, hubungan mereka. Cuba alihkan perhatian dia dengan buka topik yang co-worker korang tengah excited buat. Contohnya " Kenapa? (layankan sekejap" Oh ya, apa cerita dengan loan kereta kau? Dah approve?"

3. "Kejap lagi kita story, aku tengah busy jap"

Ini satu-satunya cara untuk korang matikan terus gossip dia, kalau dia masih cuba nak dekati korang juga, terus abaikan , nanti dia boleh faham sendiri.

4. " Ye ke? Semalam kitaorang elok je dengan dia"

Kalau co worker tu cuba buruk-burukkan dengan orang yang rapat dengan korang, gunakan cara ini. Agak sakit hati bila tengah sibuk kerja lepastu ada orang datang ke tempat kita dengan hanya nak buruk-burukkan orang yang baik dengan kita kan?

5. "Aku tak ada mood lah nak bergossip sekarang, kerja tengah banyak gila ni"

Bila korang dah cuba bermacam-macam cara tapi dia masih lagi nak ajak bergossip, berterus terang sahaja yang korang tengah busy. Dalam masa yang sama tanya soalan lain demi menjaga hatinya.

Bukanlah nak kata kita ni baik sangat, tipu lah kalau diri kita sendiri tak bergossip, cuma kadang-kadang ada co-worker yang suka datang pada waktu yang salah, kita juga kenalah kekalkan prestasi kerja sebab itulah tujuan utama kita berkhidmat di syarikat tersebut.

Mungkin sekali dua tu boleh dilayan, kalau kerap kali perkara ini terjadi, risau juga ada mata-mata yang memandang, silap-silap ada yang pasang telinga. Nak bergossip biarlah kena pada tempat dan waktunya.