Semua Pemilik Kereta Harus Cuba 5 'Tricks' Bijak Ini, Memang Tak Terfikir Langsung!
# Gaya Hidup

Semua Pemilik Kereta Harus Cuba 5 'Tricks' Bijak Ini, Memang Tak Terfikir Langsung!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 14, 2018
pada 9:23 AM

Bagi sesiapa yang memiliki kereta, pastinya memahami kesukaran yang terpaksa dihadapi dalam penjagaan kereta. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan supaya kereta dapat bertahan lebih lama dan yang paling penting, kereta kelihatan seperti baru keluar dari kedai.

Menerusi video yang dikongsikan ini, terdapat 5 tricks mudah yang boleh dilakukan oleh setiap pemilik kereta bagi memudahkan lagi urusan ketika berada di dalam kereta. Tak perlu berbelanja mahal pun, cuma perlu sedikit kreativiti saja. 

 

1. Gunakan Cebisan Span

Sukar untuk membersihkan di bahagian celahan aircond? Guna kayu kecil dan span saja! Caranya, lekatkan span tersebut pada sebatang kayu kecil, kemudian lap saja di bahagian yang sukar dicapai pada bahagian aircond. 

2. Polish Bahagian Seat Belt

Seat belt selalu tersangkut dan merimaskan? Jangan risau. Cuba korang gunakan penyembur polish dan semburkan saja di bahagian atas seat belt seperti yang ditunjukkan pada video. Lihatlah hasilnya!

3. Guna Getah Untuk Gantungkan Smartphone

Selalunya, kalau menggunakan pelekat smartphone seperti yang dijual di kedai-kedai, ada yang sukar untuk menggantungkannya atau dilekatkan pada bahagian kereta. Korang tahu tak, kalau guna getah pun boleh tau!

4. Duct Tape Sebagai Pemegang Cawan Atau Botol

Tak perlu beli cup holder. Guna saja duct tape! Fungsinya seakan-akan sama seperti cup holder tau! 

5. Cat Litter Sebagai Penyerap Baru

Bukan saja berguna untuk kucing, tetapi cat litter turut berfungsi untuk menyerap bau, lebih-lebih lagi bau di dalam kereta. Kadang kala kita tidak boleh elak daripada kereta berbau masam dan sebagainya, jadi bolehlah gunakan cat litter. 

 

Tonton Video Ini