"F*ck You" - CFO Maki Hamun CEO Pakai Email Syarikat
# Trending Semasa

"F*ck You" - CFO Maki Hamun CEO Pakai Email Syarikat

post by Izuan

by Izuan

Jan 14, 2018
pada 10:50 AM

Wow, ini memang dah ke tahap kes parah dah ni. Apa yang dah jadi? Memang tak ada tapis-tapis ayat lagi dah, CFO,  terus maki setepek dekat CEO, paling parah lagi apa yang dimakinya tiada sebarang kaitan hal kerja, ia melibatkan isu sensitif iaitu perkauman.

Ceritanya begini, biasalah rutin harian bagi semua CEO bahkan kakitangan sendiri menyemak kiriman email. Namun, ada satu hari ni dia terbaca satu "subject" yang pelik bertulis " I'm rich therefore I harras". Musykil dengan kiriman tersebut, beliau pun buka dan ini yang dia dapat!

"F*uck You Indian Brownie"

CEO yang dikenali sebagai Anand Sanwal ini merupakanseorang Indian-American, dan mesej yang diterima ini amatlah sentisif, manakan tidak ia melibatkan perkauman dan tiada kena mengena dengan hal kerja atau urusan bisnes.

Lebih pelik lagi, email yang digunakan menggunakan email syarikat, bukan email peribadi. Terkejut dan pelik dengan mesej tersebut Anand mula Google nama pengirim dan menjumpainya.

Ia Adalah Kiriman Daripada Seorang CFO Dari Firma Modal Usaha Niaga ( Venture Capital/VC Firm) & Beliau Balas Email Tersebut

Rasa musykil makin bertambah, dalam fikiran Anand mungkin dia digodam? Tertekan dngan kerja harian untuk lepaskan geram? Anand kemudianya membalas kiriman email tersebut untuk berhubung dengannya.

Anand "CC" Rakan Kongsinya Jonathan Sherry (Jo) Untuk Kongsikan Apa Yang Diterimanya

Tiba-Tiba 'CFO Biadap' Balas Kiriman Anand & Berkata Begini..Hmm, Kena Hack Ke?

Anand Kemudiannya 'Forward' Mesej ersebut Kepada Jo & Jo Rasakan Ada Sesuatu Yang Tak Kena, Macam Bukan Kena Hack

Terasa dengan kutukan itu, Anand berbincang dengan Jo untuk melihat reaksi CFO tersebut, dan ini yang Anand reply

Tiada Respon, Anand Rasakan Bahawa CFO Tersebut Rasis Dan Bencikan Kaumnya, Namun Anand Dapat Tahu Bahawa Email Tersebut Memang Telah Digodam.

Selepas kejadian ini, Anand menghantar kiriman email kepada pengasas dari syarikat tersebut dan mereka menjelaskan bahawa pegawainya itu 'ter-klik' satu pautan yang menyebabkan virus dan menyebarkan mesej tersebut secara automatik melalui akaun miliknya.

Bagaimanapun agak mencurigakan jugalah samada memang kena hack atau sengaja dilakukan, bedasarkan pemerhatian. Kalau kena hack, macam mana boleh spesifik kaum, tapi ada kemungkinan memang betul digodam sebab apa yang dibalas itu macam ada lari topik.

Tapi nampak macam sengaja dikarang pun ada sebab kalau kena hack ayat dia akan disampaikan secara rambang tanpa spesfik kaum(lihat balasan email kedua dari CFO tu) dan founder dia sengaja nak tutup aib. Namun, virus yang mesej tanpa kawalan kita memang wujud. Agak-agak korang macam mana?

Sumber : CB Insight via Nextshark