''Jangan berhenti kerja kalau saving tak boleh cover perbelanjaan 12 bulan. Sebab bisnes biasanya takkan mencanak power sekelip mata. Semua benda perlukan masa, terutamanya bisnes. Benda paling teruk orang biasa buat, adalah saving tak cukup sehingga duit perbelanjaan keluarga, pampers dan susu anak pun tak cukup. Boleh je nak kejar impian kita, tapi jangan lupa kita juga ada tanggung-jawab. Buka bisness adalah benda paling susah saya pernah buat, so you cant be distracted. Stres giler weh kalau duit tak cukup, bisnes teruk, dan keperluan anak bini tak lengkap. Boleh kena depression bila semua ni menimpa kita. So pastikan savings cukup.
.
Untuk kes saya, saya tak cukup saving waktu berhenti kerja. Tapi sebab dah beli lebih dari 20 hartanah, saya jual 3 hartanah untuk dapatkan RM500,000 untung. Itulah jadi savings dan modal perniagaan. Lepas 2 tahun buat bisnes baru boleh buat untung dan mula ambil gaji. Kalau bukan sebab saya ada savings mencukupi, rasanya saya dah masuk kerja balik dah kot. So savings ni sangat sangat penting. Kalau rasa tak boleh menyimpan, anda boleh melabur macam saya untuk bina modal. ''
3. Rancang loan anda elok-elok