Tak Payah Beli Popcorn Kalau Tengok 'Movie' Esok Sebab GSC Bagi FREE, Tunjuk Je Iklan Ni Di Kaunter!
# Trending Semasa

Tak Payah Beli Popcorn Kalau Tengok 'Movie' Esok Sebab GSC Bagi FREE, Tunjuk Je Iklan Ni Di Kaunter!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 17, 2018
pada 1:44 AM

Antara hari yang paling dinanti-nantikan dalam seminggu pastinya hari jumaat memandangkan masing-masing sudah berada di dalam mood bercuti hujung minggu. Jadi macam-macamlah perancangan yang akan dibuat bagi mengisi kekosongan waktu. Antara aktiviti yang selalu dibuat tentunya menonton wayang. Tapi alangkah bagusnya jika kita dapat berhibur tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak, kan?

Haa ini ada berita baik untuk anda yang ingin menonton wayang esok! Pada 19 Januari 2018 (Esok), bermula pukul 12 tengahari, sesiapa yang menonton wayang di GSC akan mendapat popcorn PERCUMA! Ye, percuma!

Hanya perlu tunjukkan keratan iklan seperti di bawah:

Tunjuk iklan ini di kaunter untuk tebus popcorn percuma.

 

Tawaran ini sah pada 19 Januari 2018 dan di semua cawangan GSC seluruh Malaysia. Popcorn percuma hanya boleh didapatkan di kaunter popcorn GSC sahaja. Jangan lupa simpan iklan di atas kerana anda perlu tunjukkan iklan ini kepada staf bertugas nanti. Tawaran bermula pada pukul 12pm sehingga 6pm sahaja (selagi stok masih ada).