''Buang Ego Walaupun Ada Degree.''-Berkat Sabar, Individu Ini Akhirnya Berjaya 'Demand' Gaji Tinggi
# Gaya Hidup # Trending Semasa

''Buang Ego Walaupun Ada Degree.''-Berkat Sabar, Individu Ini Akhirnya Berjaya 'Demand' Gaji Tinggi

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 17, 2018
pada 5:45 AM

Kita selalu sangat mengeluh susahnya nak dapatkan kerja. Kerja sebenarnya ada di luar cuma ada kalanya kita terlalu memilih dalam mencari kerja. Kita selalu pandang kerja yang bertaraf tinggi dan yang tawarkan gaji yang banyak. Tanpa kita sedar, sebenarnya ada banyak kerja cumanya gaji yang ditawarkan sedikit rendah dan memang jauh tersasar daripada tahap kelayakan kita.

Confessor di IIUM Confessions, Dee (bukan nama sebenar) berkongsi bagaimana dia bermula dari bawah dengan gaji yang terlampau lah sedikit sehinggakan dia berjaya mendapatkan gaji yang tinggi. Mungkin korang boleh belajar daripada perkongsian ini.

 

Kerja ada, mahu tak mahu saja.

Sebulan juga bekerja di sana, kemudian mencuba nasib dengan bertanya di tempat praktikal dahulu, firma audit jika  ada kekosongan. Di situ lah bermula second-job sebagai Audit Assistant. Daripada RM300 sahaja naik kepada RM1, 200.

 

Hadir banyak interview, hantar resume, ambil ujian insurans...

Tapi tidak tahan lama, hanya setahun lebih sahaja disebabkan working environtment yang stress dan hubungan antara staff tak berapa best. Cuti dihabiskan untuk attend interviews, submit resume dan sebagainya demi mendapatkan kerja.

Hujung minggu dihabiskan dengan mengikuti kursus-kursus luar seperti kursus perniagaan online, seminar usahawan. Attend je semua weekend seminar yang dianjurkan oleh agensi insurans sebab nak naikkan confident level dan build networks dengan orang lain.

 

Akhirnya, dapat kerja baru dan boleh demand gaji tinggi berbanding dulu.

Selepas setahun lebih bekerjja di firma audit, beralih pula ke Human Resourcec Executive di sebuah syarikat besar. Dari gaji RM1, 200 saay berjaya demand gaji bersih sebanyak RM2, 400. Dia adalah antara yang termuda menyandang jawatan ekssekutif di syarikat dan disebabkan tiada banyak pengalaman, memang banyak lah bertanya. 

Pada tahun 2017, ditawarkan untuk menyandang jawatan di sektor kerajaan. Senior Manager tidak sanggup untuk melepaskan kerana dia adalah staff yang mempunyai personaliti yang bagus dan mahir berkomunikasi.

 

Tiada sebarang 'jalan pintas' digunakan. Apa yang dilakukan oleh individu ini sama seperti calon lain. Cuma usaha yang dicurahkan itu melebihi daripada orang lain.

Bukan mudah seperti yang korang baca, untuk nak dapatkan kerja, dia perlu attend berpuluh-puluh interview dan exam untuk nak dapatkan kerja. Jangan tanya lah berapa ratus dihabiskan untuk tambang bas, teksi da kos untuk photostat resume, sijil-sijil untuk ulang-alik interview. Memang ianya bukan mudah, tetapi jangan patah semangat.

 

Nasihat beliau, kalau nak berjaya, buang ego dan bermulalah dari bawah.

Mula dari bawah, jangan takut dan tidak perlu lah ego tinggi melangit. Kelayakan tinggi jadi layak untuk dapat gaji besar. Semua tu tolak tepi dan mula kembali dari bawah.