Pemohon Boleh Semak Status Kelayakan BR1M 2018 Menerusi 'Aplikasi Mobile Semakan BR1M'
# Trending Semasa

Pemohon Boleh Semak Status Kelayakan BR1M 2018 Menerusi 'Aplikasi Mobile Semakan BR1M'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 18, 2018
pada 2:07 AM

Tempoh hari, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) membangunkan aplikasi mobile semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk menyemak status penghantaran borang, permohonan, status bayaran dan status rayuan BR1M.

Menurut kenyataan yang diberikan, pemohon BR1M kini boleh memuat turun aplikasi tersebut menerusi Play Store untuk platform Android atau App Store untuk platform iOS.

 

Aplikasi mobile ini diperkenalkan bagi  memudahkan urusan pemohon untuk melakukan semakan tanpa perlu menghubungi talian BR1M atau beratur panjang di kaunter-kaunter perkhidmatan BR1M di seluruh negara. Namun, LHDN turut menasihati orang ramai supaya memuat turun aplikasi yang sah dan tulen yang dibangunkan oleh LHDNM saja. Pemohon hanya perlu muat turun aplikasi tersebut dari Play Store dan App Store dengan kata carian “Semakan BR1M” dan mengikut arahan mudah yang akan diberikan.

Selain mobile, pemohon juga boleh menyemak status BR1M dengan menghubungi nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia di 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau nombor hotline LHDN di 1-800-88-2716.​