Pekebun Kecil & Penoreh Getah Masih Sempat Mohon Bantuan Musim Tengkujuh RM200 Hingga Akhir Bulan
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Pekebun Kecil & Penoreh Getah Masih Sempat Mohon Bantuan Musim Tengkujuh RM200 Hingga Akhir Bulan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 22, 2018
pada 4:34 AM

Menerusi akaun Twitter rasmi YAB Perdana Menteri, Mohd Najib Tun Razak‏ ada memberi kenyataan di mana seramai 158,575 pekebun kecil dan penoreh getah yang berkelayakan masih belum memohon Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM200 untuk 3 bulan. 

 

 

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan semasa pembentangan Bajet 2017, Bantuan Musim Tengkujuh RM200 sebulan untuk 3 bulan akan diberikan kepada 440,000 pekebun kecil/penoreh getah. Lembaga Getah Getah Malaysia (LGM) sebagai agensi pelaksana telah membangunkan Sistem Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh bertujuan bagi memudahkan permohonan dibuat oleh Pekebun Kecil. Sila klik pada pautan dibawah untuk membuat permohonan.

Permohonan BMT oleh Pengusaha

Pengusaha yang memohon Bantuan Musim Tengkujuh hendaklah memuat naik gambar resit yang sah. Kegagalan untuk memuat naik resit yang sah akan menyebabkan kelewatan ataupun permohonan tuan/puan tidak dapat diproses. Tuan/Puan juga dinasihatkan supaya memasukkan nombor telefon pada ruangan yang disediakan.

Contoh Resit Rasmi (Pengusaha Sahaja)

Kini anda boleh membuat permohonan menerusi aplikasi mudah alih Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Aplikasi ini diperkenalkan bagi memudahkan proses permohonan dan semakan BMT. Pengguna Android boleh memuat turun aplikasi ini dengan menaip ' Lgm BMT.'

Selain itu, anda juga boleh terus membuat permohonan di laman web rasmi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).