Mulai Februari Depan, Saman Tertunggak MPSJ Boleh Dilangsaikan 'Flat Rate' RM10 Saja!
# Trending Semasa

Mulai Februari Depan, Saman Tertunggak MPSJ Boleh Dilangsaikan 'Flat Rate' RM10 Saja!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 22, 2018
pada 9:32 AM

Tidak semua pesalah kesalahan jalan raya yang dikenakan saman sengaja tidak mahu bayaran denda yang telah ditetapkan. Antara faktor yang menghalang mereka melunaskan bayaran saman dengan segera adalah disebabkan oleh kekangan masa ataupun tidak mempunyai bajet yang cukup untuk membayarnya.

Berita baik untuk anda yang masih belum melangsaikan bayaran saman! Mulai Februari depan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bakal mengadakan promosi bayaran denda pada kadar RM10 saja bagi semua kesalahan lalulintas (kecuali kesalahan di bawah perintah 2 Perintah Pengangkutan Jalan). Inilah masanya untuk anda selesaikan segala tunggakan kompaun bagi mengelakkan sebarang tindakan mahkamah.

 

 

 

Kempen tersebut diwujudkan adalah sebagai satu inisiatif yang diambil untuk mengelakkan penunggang atau pemilik kenderaan mempunyai tunggakan kompaun daripada dikenakan tindakan pihak mahkamah. 

 

Kaedah Pembayaran:

  • Laman web MPSJ
  • Kaunter Ibu Pejabat Dan Cawangan
  • Kaunter Pandu Lalu
  • Kaunter Bergerak
  • Sistem MPOS

 

MPSJ sangat mengalu-alukan pertanyaan dan panggilan sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan dan kemusykilan tentang Kempen Bayar Kompaun Lalulintas ini di talian berikut 03-80263153 atau 08-80263289.