Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat diteruskan tahun ini dengan pengekalan kadar maksimum RM1,200. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata BR1M tahun ini telah memanfaatkan tujuh juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion. Bagi tahun 2018, sebanyak tujuh juta penerima itu akan terus menikmati pemberian BR1M, dengan kadar maksimum sehingga RM1,200.

