Freelancer Tak Boleh 'Survive?' Ini Respons 'Pedas' Adibah Noor
# Trending Semasa

Freelancer Tak Boleh 'Survive?' Ini Respons 'Pedas' Adibah Noor

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 24, 2018
pada 5:59 AM

Kita sering dimomokkan dengan 'belajar tinggi-tinggi, kerja bagus-bagus, nanti boleh beli rumah, beli kereta...' Disebabkan itu, masyarakat kita menjadikan sesuatu profesion seperti doktor, peguam, guru dan sebagainya sebagai satu bench mark atau kayu pengukur akan kejayaan seseorang individu itu. Kalau korang tergolong dalam golongan profesional begini, korang dianggap orang yang berjaya sebab confirm korang mampu untuk beli rumah dan kereta sendiri, kan?

Kalau begitu persepsinya, bagaimana pula dengan golongan yang bekerja sendiri? Adakah mereka tidak mampu untuk membeli rumah dan kereta sendiri selama-lamanya? Selalunya orang yang bekerja sendiri ni tak mempunyai gaji tetap. Kalau difikirkan secara kasar, agak sukar untuk memiliki rumah dan kereta sendiri. 

Haa, ini ada nasihat dan panduan yang dikongsikan oleh seorang selebriti terkenal Malaysia, Adibah Noor tentang bagaimana dengan hanya bekerja sendiri beliau mampu untuk membeli rumah dan kereta sendiri. Bagaimana beliau lakukannya? Jom baca thread yang dikongsikan melalui akaun twitternya sendiri,  @adibahnoor . Semoga bermanfaat!

 

Mungkin org lain ada cara yg lebih baik... tetapi.. ini cara saya dulu...

 

Yg 1st tadi tu... kalau boleh masuk dlm akaun "jangan sentuh!"

 

Duduklah dgn "fama" (kalau boleh)...

 

Kalau terpaksa menyewa, yelah.. merantau kan... carilah bilik...

 

Save save save... itu tujuan 1st 10 years of yr professional life.

 

Make sure.. simpan dalam akaun yg secure. Jgn invest bukan2...

 

Tunjuk kat bank akaun2 yg cantik tu...

 

Best dik...bila rumah tu nama kita dik. Penantian memang satu penyiksaan.. tapi berbaloi!

 

Bayangkan.. kalau dah bertemu jodoh.. rumah dah ada. Kereta pun ada.

 

SUMBER: Adibah Noor